Support My Blog

Thursday, July 30, 2015

10 TUMBUHAN PALING BERACUN (Part 1)



TUMBUHAN BERACUN (Deadliest Plants) memang ujud didunia dimana ia boleh mendatangkan maut atau pun kecederaan serius kepada sesiapa yang menyentuhnya, menggunakan apa lagi kalau memakannya. Tumbuhan ini lazimnya mempunyai toksin, bisa, racun, debu, cecair atau gas beracun yang merbahaya kepada haiwan termasuk manusia. Dalam membaca beberapa sumber menganai tumbuhan ini mungkin sebahagian yang telah dosenaraikan ini ada dinegara kita dan lebih malang lagi kalau ia ada dikawasan kompoun rumah kita. Mungkin tumbuhan tersebut ditanam atau tumbuh sendiri tetapi tidk diketahui oleh mereka yang berhampiran dengannya. Sebagai contoh pokok Pong-pong (juga dikenali dengan pokok buta-buta, bentan dan sebagainya) memang sering ditanam oleh mahlis daerah sebagai pokok landskap disekitar tepi jalan, kawasan taman riadah malahan dikawasan premis orang ramai berhimpun. Pokok ini nampak cantik dan buahnya menarik serta menjadi pokok naungan yang berfungsi dengan baik. Tetapi ia mungkin beracun dan perlu dielakkan daripada orang ramai. Tumbuhan beracun ini lazimnya mengandungi bahan kimia beracun yang mendatangkan mudharat kepada manusia dan haiwan. Terdapat racun berbeza-beza dan menyerang sistem dalam manusia yang boleh menyebabkan kematian. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 3,485 mengenai 10 jenis pokok beracun merbahaya didunia sekadar untuk dijadikan panduan pembaca semua.


10A: POKOK CONIUM  

Tumbuhan Conium (Conium maculatum) juga digelar sebagai 'Hemlock' atau 'Racun hemlock' adalah sangat beracun. Ia merupakan tumbuhan berbunga (Sila lihat foto disebelah) daripada keluaraga 'carrot' iaitu Apiaceae. Tumbuha ini adalah natif dikawasan Eropah dan Afrika Utara. Ia merupakan jenis herba binneal yang tumbu dengan ketinggian sekitar 1.5 - 2.5 m (5 - 8 ft) dengan batang lembut, berwarna hijau, kosong didalamnya. Batangnya kadang-kadang ada bintik atau jalur ungu dan kemerahan. Daunnya berbenuk 3 segi dengan 2 atau empat lekukan berukuran sekita 50 cm panjang x 40 cm lebar.  Bunganya kecil berwarna keputihan (Sila lihat foto disebelah). Bunga pokok ini berjambak dan akan mengeluarkan bau busuk jika di ramas. Bunga berwarna putih dengan jambak antara 10-15 kuntum ini menghasilkan banyak biji benih didalamnya. Ia digunakan sebagai bahan pembubuhan dizaman Kuno Greece dimana terkenal sebagai racun Hemlock's seperti mana dinayatkan oleh Scorates yang juga dikatakan dibunuh dengan racun tumbuhan ini dikenali sebagai 'Coniine'. Hanya dengan dimakan 6-8 helai daun, akar atau biji Conium akan menghentikan jantung (dan semua otot-otot) yang akan kekejangan. Ia akan bermula dengan kejang kaki, menaik keatas sehingga sistem pernafasan dan mati. Pastikan anda tidak kena racun Coniine yang bahaya ini.


10B : POKOK CICUTA
Terdapat juga jenis Hemlock lain beracun iaitu tumbuhan dinamakan sebagai Cicuta (Cicuta maculatum)  daripada keluarga Apiaceae atau nama lain sebagai Water Hemlock, death-of-man, poison parsnip. Tumbuhan jenis Cicuta ini menyamai dengan jenis Hemlock apa yang telah dinyatakan oleh Scorates sebagai tumbuhan yang sangat beracun. Terdapat 4 spesis tumbuhan jenis ini yang mana tahap kebisaannya adalah sama berbisa. Tumbuhan jenis ini mengandungi jenis bahan racun kompoun dinamakan sebagai Cutoxin. Ia merupakan sejenis kimia yang pekat boleh diekstrak daripada bahagian akar. Ia mungkin diambil mangsa sebagai bahan segar dan diberikan makan terus kepada sasaran kerana ia menyerupai Lobak Putih (like parsnip). Kesan daripada racun Cutoxin ini akan menyebabkan bahan Cicutoxin menyerang daraf (neurotoxin) dengan menganggu sistem saraf manusia. Ia menyebabkan pening, sakit dalam badan (abdominal pain), susah bernafas, ginjal tidak berfungsi, denyutan jantung yang tidak sekata, pitam dan akhirnya mangsa akan mati. Neurotoxin bertindak pantas sekitar 15 minit sahaja menyebabkan kematian kepada haiwan ternakan besar seperti lembu. 


9)  POKOK OLEANDER 


Pokok Oleander (Nerium oleander) ini merupakan sejenis pokok yang paling beracun didunia dalam senarai. Pokok ini selalunya ditanam sebagai pokok hiasan di kawasan rumah, taman bunga, kawasan riadah sekolah, premis-premis perniagaan dan juga lokasi tarikan ramai. Pokok ini tumbuh setinggi 2-6 meter dengan menegak dan banyak cabang. Daunnya berwarna hijau dengan 3 helai pada satu tangkai, berwarna hijau gelap, tebal, bentuk lanceolate tirus dan ukuran sekitar 5-21 cm panjang dan 1.0-3.5 cm lebar. Bunga keluar secara berjambak pada setiap hujung dahan dengan warna menarik seperti putih, pink dan merah (Sila lihat foto disebelah). Buahnya dalam kapsul panjang berukuran 5-23 cm panjang yang mengandungi biji benih banyak. Bahan kompoun beracun dalam tumbuhan ini adalah Oleandrin dan Oleandregenin.  Elakkan dari termakan daunnya kerana ia mengandungi racun dikenali sebagai 'Cardiac glycosides' yang menyerang bahagian jantung mangsa menyebabkan sistem denyutan jantung terganggu. Jika dimakan pada dos yang banyak boleh juga menyebabkan kematian kepada mangsa.


8) POKOK ACONITUM

Pokok Aconitum (Aconitum spp) atau juga dipanggil sebagai aconite, monkshood, wolf's bane, leopard's bane, mousebane, women's bane, devil's helmet, Queen of all Poisons dan orblue rocke adalah jenis pokok sangat beracun yang bunganya amat cantik (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai lebih daripada 250 spesis dan sesuai tumbuh dikawasan kurang air.  Mempunyai daun berwarna hijau gelap, susunan spiral dengan daun bahagian bawah pempunyai tangkai panjang dimana tumbuh menegak. Ia amat mudah dibiakkan dengan mengunakan biji benih. Ia ditanam dikawasan kelilin rumah atau mana-mana temat rekreasi dengan bunga yang cantik. Bunganya mempunyai warna ungu, biru, putih, pink atau kuning yang kuat serta beberapa warna lain mengikut spesis. Buahnya adalah jenis agregate dari follicle yang mengandungi banyak biji. Tumbuhan beracun ini telah lama digunakan sebagai bahan racun untuk disapu pada hujung anakpanah bagi tujuan membunuh (manusia atau haiwan). Jika idambil oleh manusia boleh menyebabkan kematian. Kandungan racun didalamnya dikenali Aconitine iaitu menyerang sistem saraf dan juga sistem jantung. Ia menyebabkan sesak nafas dan sakit jantung sehingga menyebabkan kematian. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Selamat mambaca!. WASALLAM!.
POKOK BERACUN...BANYAK JENISNYA...
DISENARAI 10... PALING BERBAHAYA....
PELBAGAI RACUN....IA SUDAH BACA...
TERIMAKASIH... PENULIS BLOGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...