Support My Blog

Wednesday, July 29, 2015

DURIAN BELANDA - KAJIAN POKOK PENANTI

DURIAN BELANDA atau SOURSOP (Annona muricata L.) lazimya dibiakkan melalui bijibenih (seeds). Pembiakan pokok durian belanda dengan menggunakan bijibenih seringkali didapati menghasikan anakpokok dimana yang memberikan pelbagai jenis pokok menghasilkan potensi hasil berlainan akibat  kesan daripada kacukan silang (cross-pollination). Bagi mengatasi masaalah ini kaedah pembiakan secara vegetatif pokok durian belanda didapati merupakan satu teknik yang paling berkesan untuk mengekalkan kualiti pokok asal. Oleh itu teknik pembiakan CANTUMAN (grafting) didapati mengatasi masaalah ketulinan (true to type) anak pokok durian belanda yang dihasilkan. Apa yang penting adalah pembiakan secara cantuman memerlukan mata tunas induk yang terjamin mutunya dan pokok penanti yang terbaik. Ada beberapa kajian dan pemerhatian dijalankan oleh institusi penyelidikan dan juga pemerhatian sendiri oleh penulis mengenai perkara ini semasa menjalankan tugasan semenjak 30 tahun. Salah satu pemerhatian dilakukan adalah untuk melihat kesan pemilihan jenis pokok penanti didalam kejayaan mencantum pokok durian belanda. Penulisan ini juga disesuaikan juga dengan satu laporan daripada Pusat Penyelidikan Aripan, Tropical Fruit Research Institute yang dijalankan sekitar tahun 2007 - 2008. Kajian tersebut juga menggunakan bahan pokok penanti yang dipilih daripada jenis Annona muricata L. (soursop) x Annona muricata L. (soursop) dan Annona montana Macf. (Durian Belanda Gunung - Mountain soursop) x Annona muricata L. (soursop). Data yang diambil melibatkan parameter seperti peratus kejayaan cantuman, peratus pokok cantuman yang berjaya, tinggi tunas keluar, bilangan tunas keluar dari setiap mata tunas, bilangan daun, ukuran diameter batang pokok penanti, panjang ukuran cantuman kadar matatunas dengan cantuman dan kadar kejayaan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa peratus kejayaan cantuman bagi durian belanda pada pokok penanti antara Annona montana Macf. x Annona muricata L. dan A. muricata L. x A. muricata L. didapati TIDAK ADA PERBEZAAN YANG SIGNIFIKAN. Tetapi untuk cantuman durian belanda cuma perbezaannya yang ketara adalah saiz dan lebar daun dihasilkan dimana ia ketara LEBIH BESAR pada A. montana Macf. x A. muricata L. than berbanding dengan dari A. muricata L. x A. muricata L. Didapati selepas 3.5 bulan selepas dicantum tidak ada berlaku tumbesaran mata tunas yang ketara pada pokok penanti dari A. muricata L. (soursop) x A. muricata L. (soursop) dan A. montana Macf. (Mountain soursop) x A. muricata L. (soursop). Kajian ini menunjukkan teknik cantuman dengan menggunakan pokok penanti berbeza tidak memberikan banyak perbezaan untuk aktiviti mencantum benih durian belanda ditapak semaian. Artikel dalam "Anim Agro Techology" ini mempaparkan beberapa hasil kajian serta kaedah dan teknik cantuman abakpokok durian belanda untuk dijadikan bahan rujukkan.


CANTUMAN DURIAN BELANDA 

Durian Belanda (Melayu), Sirsak (Indonesia) dan Soursop (Inggeris) atau pun nama saintifiknya sebagai Annona muricata L. memang selalu dibiakkan melalui semaian daripada biji benih. Banyak nurseri swasta yang menjual benih pokok durian belanda menggunakan biji benih yang diambil daripada buah matang untuk terus disemai dalam polibeg. Walau pun pokok daripada bijibenih murah sedikit dan akan menghasilkan buah kemudiannya tetapi ia akan menghasilkan pokok yang berbeza-beza kelak kerana biji tersebut terhasil daripada kacukan silang (cross pollination). Kini kaedah cantuman (grafting) pokok durian belanda didapati mampu untuk mengatasi masaalah ini. Ia melibatkan proses cantuman diantara pokok penanti (rootstock) dengan Mata Tunas (Scion) daripada pokok terpilih. Terdpat banyak sumber untuk menyediakan pokok penanti daripada pelbagai varieti dan jenis pokok durian belanda. Terdapat beberapa jenis pokok untuk diambilbijinya bagi disemai seperti Induk Durian Belanda Gunung (Liar) dikenali dengan nama Annona montana Macf. dan Durian Belanda Tempatan (Annona muricata L.) dimana keduanya didalam keluarga Annonaceae. Bentuk Buah Durian Belanda Gunung lazimnya berbentuk BULAT dengan warna kulit Hijau gelap dan Duri yang pendek serta lembut sedikit. Ia mempunyai isi putih kekuningan dengan aroma yang khusus, kualiti buah rendah dan mengandungi bilangan biji yang banyak berwarna coklat gelap (Morton, 1987). Pemerhatian menunjukkan kadar pertumbuhan durian belanda gunung dalam 6 bulan pertama tiada perbezaan dengan jenis tempatan dari segi ketinggian, ukurlilit batang dan lain-lain sifatnya. Pembiakan durian belanda kini sebaiknya melalui kaedah cantuman walau pun timbul isu keserasian diantara mata tunas dengan pokok penanti. Ketidakserasian yang teruk menyebabkan anakbenih cantum ini akan mati. Ia dapat dilihat selepas beberapa tahun ditanam dimana ada tanda seperti pokok yang terencat pertumbuhannya, sistem akar yang lemah, cantuman yang merekah dan kejadian membengkak pada batang (Hartmann and Kester,1983). Kajian ini mengambil masa agak lama untuk mendapat keputusannya.

Walau telah banyak kajian dijalankan ileh penyelidik mengenai keserasian cantuman durian beanda diantara mata tunas dengan pokok penanti dilakukan, masih belum banyak hasil dinyatakan secara rasmi. Kajian terhadap buah manggis (Garcinia mangostana) mendapati keserasian yang dicapai menggunakan pelbagai pokok penanti telah mencapai 68% kejayaan iaitu kadar tertinggi. Hasil kajian menunjukkan keserasian pokok durian belanda dengan pokok penanti Monkey Fruits (Garcinia subelliptica) mencapai hanya kejayaan sebanyak 11%.  Banyak jenis buah-buahan yang kini dibiakkan menggunakan cara vegetatif seperti cara cantuman, keratan dan tut (marcott) bertujuan untuk mendapatkan anakbenih yang tulis (true-to-type). Bagaimana pun teknik melakukan pembiakan vegetatif perlu disesuaikan dengan jenis dan varieti tanaman termasuk pokok durian belanda. Anakbenih durian belanda yang disediakan dengan teknik cantuman lazimnya berharga lebih mahal daripada anakbenih yang disediakan melalui kaedah anakbenih dari biji. Ini kerana anakbenih daripada biji durian belanda yang disemai terus dan ditanam lazimnya tiada mempunyai jaminan ketulianan varieti asal akibat berlakunya pendebungaan silang. Petani yang menanam pokok durian belanda dinasihatkan agar hanya mendapatkan anakbenih durian belanda cvantum yang telah disahkan sahaja.


KEPUTUSAN KAJIAN
Peratus kejayaan cantuman anakbenih durian belanda menggunakan pokok penanti daripada jenis A. montana Macf. x A. muricata L. dan A. muricata L. x A. muricata L. tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara. Bagaimana pun sedikit perbezaan didapati berlaku mengenai saiz tunas dan bilangan daun dimana didapati pokok penanti daripada  A. montana Macf. x A. muricata L. mempunyai panjang tunas sama dengan pokok penanti A. muricata L. x A. muricata L. walau pun jumlah bilangan daun dan garispisat tunas dikeluarkan adalah lebih besar pada pokok penanti A. montana Macf. X A. muricata L. berbanding dengan A. muricata L. x A. muricata L. Teknik cantuman didapati lebih sesuai untuk mendapatkan anakbenih pokok durian belanda untuk mempastikan hanya anakbenih bermutu sahaja yang akan ditanam secara komersil. Ia jauh lebih baik daripada menanam anakbenih durian belanda daripada bijbenih yang terus disemai dutapak semaian. Semuga laporan kajiajn ini dapat membantu pengeluar anakbenih cantuman durian belanda dan bakal pembeli benih mendapat info berguna. Wasallam!.
DURIAN BELANDA... BANYAK GUNA...
BENIH DIBELI... MACAMANA DISEDIA...
BENIH BIJI... ATAU CANTUMAN SAJA...
BUAT SENDIRI... BERANI MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia.
(5 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...