Support My Blog

Saturday, August 1, 2015

10 TUMBUHAN PALING BERACUN (Part 3)


TUMBUHAN BERACUN (Deadliest Plants) memang ujud didunia dimana ia boleh mendatangkan maut atau pun kecederaan serius kepada sesiapa yang menyentuhnya, menggunakan apa lagi kalau memakannya. Tumbuhan ini lazimnya mempunyai toksin, bisa, racun, debu, cecair atau gas beracun yang merbahaya kepada haiwan termasuk manusia. Dalam membaca beberapa sumber rujukkan menganai tumbuhan ini, mungkin terdapat sebahagian tumbuhan yang telah disenaraikan ini ada dinegara kita dan lebih malang lagi kalau ia ada dikawasan kompoun rumah kita. Mungkin tumbuhan tersebut ditanam atau tumbuh sendiri tetapi tidak diketahui oleh mereka yang berhampiran dengannya. Sebagai contoh pokok Pong-pong (juga dikenali dengan pokok buta-buta, bentan dan sebagainya) memang sering ditanam oleh pihak majlis daerah sebagai pokok landskap disekitar tepi jalan, kawasan taman riadah malahan dikawasan premis dimana orang ramai berhimpun. Pokok ini nampak cantik dan buahnya menarik serta menjadi pokok naungan yang berfungsi dengan baik. Tetapi ia mungkin beracun dan perlu dielakkan daripada orang ramai. Terdapat beberapa jenis racun berlainan daripada tumbuhan beracun dengan kadar kebisaan dan toksik yang berbeza. Ada jenis tumbuhan beracun yang mempunyai racun yang sangat merbahaya kepada haiwan dan manuisa menyebabkan hilang deria rasa, deria penglihtaan, sistem pernafasm, sistem saraf sehingga akhirnya boleh menyebabkn kematian. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 3,487 mengenai 10 jenis pokok beracun merbahaya didunia sekadar untuk dijadikan panduan pembaca semua dimana penulis mengambil masa selama 10 hari untuk menulis artikel ini.



4) POKOK ABRUS

Pokok Abrus (Abrus precatorius) adalah sejenis tumbuhan beracun yang juga dipanggil sebagai Jequirity, Crab's Eye Crab's eye, rosary pea, precatory pea or bean, John Crow Bead, Indian licorice, Akar Saga, gidee gidee, Jumbie bead dan Rosary Pea. Pokok dari keluarga kekacang yang natif di Indonesia dan juga terdapat banyak di Trinidad dan Tobago ini mempunyai biji berwarna merah kuat seperi biji buah naga tetapi ia seperti mempunyai mata (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan jenis pokok memanjat (climbed plants) pada pokok lain dan berada dikawasan semak. Mempunyai daun seperti pokok jenis kekacang lain ia menghasilkan biji yang beracun dan jenis racun dikenali sebagai Abrin.  Biji yang berwarna merah, hitam dan sedikit putih ini sangat merbahaya jika dimakan kuda dimana ia akan menyebabkan kematian. Pada manusia ia menyebabkan serangan kepada bahagian jantung, saraf dan sistem penghadaman dimana akhirnya akan menyebabkan kematian jika dimakan pada dos tertentu.  Dalam masyarakat India kandungan racun Abrin ini hanya boleh dihilangkan jika ia direbus dengan susu dalam suhu tinggi dan kemudian dikeringkan sebelum ia hilang kebisaannya. Kenalkah anda dengan tumbuhan beracun ini dengan melihat gambar disebelah?.



3) POKOK HIPPOMANE

Pokok Hippomane (Hippomane mancinella)  adalah tumbuhan beracun daripada keluaraga Euphobiaceae (jenis ada getah). Pokok ini juga dipanggil sebagai Pokok Manchineel, Manzanilla de la muerte (Maknanya 'little apple of death") yang mungkin anda pernah jumpa. Ia hanya banyak tumbuh liar di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan tetapi mungkin telah berada di Malaysia. Ia merupakan jenis pokok saka yang tumbuh  sehingga ketinggian 15 meter. Mempunyai daun tebal berwarna hijau berkilat dengan batangnya berwarna coklat. Ia menghasilkan buah berbentuk bulat dengan warna hijau ketika muda bertukar kepada hijau kekuningan apabila masak dan amat beracun. Jika ada bahagian pokok dilukakan dimana-mana maka ia akan menghasilkan getah putih (latex) yang beracun dimana ini menyebabkan kesan allergik pada kulit manusia. Jika berdiri dibawah pokok ini ketika berlaku hujan akan menyebabkan kesan teruk gatal-gatal pada kulit dengan teruk seakan kulit melecuh (blister). Ini adalah disebabkan oleh bahan kimia racun iaitu Phorbol (bahan beracun didalam air sap pokok tersebut). Jika termakan buahnya akan menyebabkan kes kematian kerana ia mengandungi jenis racun yang dikenali dengan nama Physostignmine. Kesan keracunan akan dimulakan dengan kesan muntah-muntah, cirit birit, sesak nafas dan kematian jika tidak dirawat dengan baik. Berhati-hati dengan pokok beracun ini. Ia juga di gelar sebagai " Little Apple of Death". Kanak-kanak adalah golongan yang paling perlu dijaga daripada makan buah ini.


2) POKOK CERBERA

Pokok Cerbera (Cerbera odollam) atau lebih dikenali dengan nama Buah Pong-pong, Bentan, Buta-Buta dan Suicide Fruit merupakan pokok yang biasa ditanam dinegara kita sebagai tanaman landskap. Anda boleh baca artikel mengenai pokok Cerbera tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Spesis tumbuhan ini adalah antara tumbuhan paling beracun dalam keluarga Oleander. Ia merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan daunya yang tebal berwarna hijau gelap. Berbunga sepanjang tahun berwarna putih dan menghasilkan buah yang menarik bentuknya berwarna hijau berkilat (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini mengandungi toksin atau racun jenis Cerberin yang akan mengakibatkan gangguan kepada denyutan jantung dan jika dimakan berlebihan akan menyebabkan kematian. Tumbuhan ini digelar juga sebagai tumbuhan terbaik untuk membunuh musuh (the perfect murder weapon). Racun yang terkandung dalam tumbuhan ini amat sukar dikesan kerana ia menyamai dengan bahan seperti dalam rempah. Racun dari tumbuhan ini paling signifikan dalam kes-kes bunuh diri di India dan beberapa lokasi lain.


1) POKOK RICINUS

Pokok Ricinus (Ricinus communis) atau lebih dikenali dengan nama Castor Oil Plant adalah sejenis pokok beracun dari keluarga Euphorbiaceae. Tumbuhan ini amat mudah dijumpai dikawasan halaman rumah, taman bunga diseluruh dunia sebagai tanaman hiasan atau tanaman landskap yang menarik. Ramai tidak menyedari bahawa biji tumbuhan ini adalah mengandungi racun berbahaya kepada manusia. Walau pun ia jenis renek tetapi mampu tumbuh menegak sehingga ketinggian 12 meter. Mempunyai batang keras dan daun berwarna merah gelap sehingga kehijauan bergantung kepada spesis dan umur pokok. Ia menghasilkan bunga cantik pada setiap hujung dahan dengan pelbagai warna daripada hijau kepada merah dan sedikit ungu. Dalam pada bunga berduri matang itu ia menghasilkan biji castor yang berbrntuk bulat, berwarna coklat kehitaman dan berkilat yang beracun. Kandungan racun dikenalpasti sebagai Ricin yang jika termakan 4-8 biji sahaja boleh menyebabkan kematian. Kesan racun menyebabkan kepanasan kepada tekak, mulut dan menyebabkan kesakitan kepada dalaman perut dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 3-5 hari jika tidak dibuat rawatan. Buah castor yang beracun ini merbahaya. Awas!. Diharap pembaca dapat info berguna yang saya tulis ini berdasarkan kepada rujukkan daripada beberapa sumber ilmiah selama 10 hari sebelum penulisan dilakukan sekadar memberikan info dan ilmu berguna kepada semua. Wasallam!.
POKOKBERACUN... AMAT MERBAHAYA...
BANYAK DIGUNA...SEBAGAI SENJATA...
DULU TIDAK TAHU...KENA MEMBACA...
ANIM AGRO...NASIB BAIK BERCERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Presint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(13 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...