Support My Blog

Sunday, August 2, 2015

HERBA - HALIA (Part 2)

HALIA (Zingiber officinaIe Ross) adalah sejenis tumbuhan umbisi yang juga dikategorikan sebagai sejenis HERBA berdasarkan kepada penggunaan dan khasiatnya. Penulis telah menulis lebih dari 7 artikel sebelum ini mengenai tanaman herba. Anda boleh layari artikel tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini)(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan banyak lagi. Halia merupakan tanaman penting dimana ia mempunyai banyak nama seperti Ginger (lnggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia) Kinkh, Khing­ daen (Thailand) dan beberapa lagi. Tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae sama keluarga dengan tanaman kunyit dan lengkuas. Halia merupakan salah satu jenis rempah-ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah sejarah penjajahan berlaku disebabkan oleh perdagangan rempah seperti halia yang juga amat terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia pada masa ini adalah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit. Di Semenanjung Malaysia kawasan utama penanaman halia adalah dikawasan berbukit Janda Baik Daerah Bentong dengan varieti Halia Bentong (Sila baca disini) dan juga di Kundasang, Sabah (menanam varieti Halis Sabah). Kedua-dua kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia semakin berkurangan luasnya akibat banyak faktor yang mengancam industri penanaman halis di Malaysia. Artikel malam ini (Malam Raya) saya sempat menulis dalam "Anim Agro Technology" sekadar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir.


Proses penyediaan kawasan tanaman halia berbeza mengikut lokasi dan kawasan. Penyediaan tanah yang baik ialah satu prasyarat untuk menjamin kejayaan pengeluaran halia. Bagi tanah mineral, tanah perlu dibajak dan dibajak putar 1-2 kali sehingga gembur. Bagi tanah gambut yang baru diterokai dan mempunyai akar-akar serta tunggul pokok, kerja penggemburan terpaksa dijalankan secara manual. Bagi tanah gambut yang baru diterokai biasanya mempunyai pH 3.6. Pembaikan tanah boleh dilakukan dengan membubuh debu kapor atau kapur magnesium berkisar (GML) untuk meningkatkan pH tanah. Sebanyak 7.5 t/ha kapur adalah mencukupi untuk tujuan membolehkan penanaman halia di tanah gambut ini. Bagi tanah mineral pula, kapur jarang digunakan kecuali jika pH kurang daripada 5. Sebaiknya batas tanaman dibina setelah selesai kerja pengemburan. Penyediaan batas sangat perlu bagi tanah yang kurang baik salirannya atau kawasan yang mudah bertakung air. Ukuran batas biasanya 60-120 cm lebar, 25-30 cm tinggi dan jarak di antara batas pula kirasekitar 30-80 cm. Panjang batas disesuaikan mengikut keadaan ladang. Di kawasan bercerun yang mempunyai saliran air yang baik pula, halia boleh ditanam tanpa batas tetapi baris tanaman mengikut kontur. Penanaman halia dikawasan lereng bikut sekitar daerah bentong dilakukan dengan meracun kawasan dan menggemburkan cara manual sebelum aktiviti penanaman.


Bahan tanaman halia boleh dibiakkan secara tampang daripada keratan rizom yang sihat dan eukup matang berumur lebih 9 bulan. Kira-kira 1,500 - 2,000 kg rizom segar yang terpilih diperlukan untuk satu hektar tanaman. Rizom halia ini perlu disimpan di tempat yang lembap, teduh dan baik peredaran udaranya untuk menggalakkan percambahan tunas. Tunas-tunas biasanya bereambah dalam tempoh 2-3 minggu setelah disimpan. Rizom kemudian dipotong sepanjang 5 cm atau lebih dengan setiap potongan mempunyai sekurang-kurangnya dua tunas. Kira-kira 25 - 30 potongan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Potongan rizom halia perlu dirawat seeara merendamnya di dalam campuran Bordeaux (2 kg kuprum sulfat, 2 kg kapur basah dan 250 liter air) atau larutan 1 % formalin selama 5 minit dan dikeringkan semalaman sebelum ditanam. Rawatan pencegahan begini amat penting untuk mengurangkan kejadian penyakit di ladang. Benih halia yang sesuai ditanam perlu disediakan sebelum aktiviti menanam diladang. 


Masa penanaman sebaiknya bertepatan dengan awal musim hujan. Jarak tanaman yang paling sesuai ialah 25 cm dalam baris dan 45 cm di antara baris. Amalan yang biasa dilakukan adalah menanam 2-3 baris dalam satu batas (Sila lihat foto disebelah). Potongan rizom ditanam dalam alur sedalam 10 cm dengan bahagian tunas yang telah bercambah menghala ke atas. Setelah tumbuh pucuk iaitu 2 – 4 minggu selepas menanam, lindungan sementara menggunakan daun kelapa, disyorkan sehingga tanaman berumur 3 bulan. Lindungan ini dapat mengurangkan kejadian lecur disebabkan cahaya matahari yang boleh mendedahkan tanaman ini terhadap penyakit bintik daun. Halia merupakan antara tanaman yang memerlukan zat nutrien yang agak tinggi. Oleh yang demikian, pemberian baja dalam bentuk organik dan tak organik adalah penting untuk mendapatkan pertumbuhan dan hasil yang memuaskan. Memandangkan tanaman ini agak panjang jangka matangnya, maka baja tak organik (sebatian NPK 12:12:17:2+ Te) diberi secara berperingkat. Jumlahnya dibahagikan sama banyak mengikut bilangan pembajaan. Baja organik (najis ayam) pula diberikan 3 - 5 hari sebelum menanam. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual sebanyak tiga kali bagi semusim tanaman iaitu kira-kira 2-3 bulan sekali. Kerja untuk merumput kali kedua dan ketiga biasanya dilakukan serentak dengan kerja membaiki batas dan menepur tanah. Aktivitii pengaporan tanah ialah menimbunkan tanah ke pangkal rumpun halia bagi tujuan mengelakkan rizom daripada terdedah di samping menggalakkan pertumbuhan tanaman. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi atau lalang kering adalah digalakkan terutama di peringkat awal penanaman. Sungkupan boleh mengurangkan populasi rumpai, hakisan tanah dan larut resap nutrien serta mengawal lembapan tanah. Artikel ini bersambung Part 1 dan Part 3. Wasallam!...
TANAM HALIA..KATEGORI HERBA...
HALIA BENTONG...MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT...BANYAK GUNA...
TANAM SENDIRI... MACAMANA CARA?...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Badar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...