Support My Blog

Tuesday, August 4, 2015

HERBA - ROSEL (Part 1)

ROSEL (Hibiscus sabdariffa L) merupakan sejenis tanaman herba yang diperkenalkan di Malaysia sekitar pertengahan tahun 1980'an lagi untk dibuat kajian terutama di Universiti Malaya. Tanaman ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel daripada keluarga Malvaceae iaitu sama dengan sayuran Kacang Bendi. Saya berpengalaman untuk memperkenalkan tanaman rosel di Daerah Mersing, Johor pada tahun 1997 dan ia masih ada ditanam sehingga artikel ini ditulis pada Julai 2015 sebagai tanaman yang diusahakan oleh petani disana. Sebenarnya rosel mempunyai lebih daripada 300 spesies yang telah dikenal pasti di seluruh dunia khasnya di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Di Malaysia lazimnya penanaman roseI secara komersial mula diperkenalkan kepada petani di Terengganu pada tahun 1993 oleh Jabatan Pertanian melalui projek perintis dalam percubaan membangunkan tanaman ini sebagai tanaman industri yang baru. Semasa projek ini dijalankan didapati roseI yang ditanam di tanah Bris telah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan kurang masalah penyakit berbanding dengan tanaman di tanah mineral berliat. Selepas itu beberapa kajian susulan telah diteruskan oleh Jabatan Pertanian dan juga MARDI tetapi hanya tertumpu di kawasan tanah pasir bris sahaja. Bagaimana pun pprojek ini tidak dapat 'sustain' kerana faktor harga jualan dan juga jaminan pasaran pada waktu sehinggakan kilang memproses rosel ditutup operasinya. Saya ada menulis mengenai rosel dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel tersebut boleh dirujuk sama dalam menambah ilmu pengetahuan mengenai tanaman rosel. Beberapa artikel lain juga boleh dirujuk. Bagaimana pun penanaman rosel secara kecil-kecilan terus berjalan dikawasan lain untuk pasaran domestik dan juga eksport. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tanaman yang dikelaskan sebagai herba untuk rujukan dan bacaan anda. 


Dari segi marfologi tanaman rosel memang mempunyai ketinggian lebih kurang 2 meter dari paras tanah. Tanaman ini mempunyai banyak dahan yang tumbuh menegak pada peringkat awal pertumbuhan  dan kemudian melentur rebah apabila terdapat banyak buah. Batang dan dahan pokok serta tangkai daun keseluruhannya berwarna merah bergantung kepada varieti. Antara varieti yang telah dikomersilkan adalah varieti UMKL. Daunnya berwarna hijau dengan urat berwarna merah, berukuran 7-15 cm panjang, berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunganya keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu. Buah rosel berwarna merah tua dimana ia terdiri daripada lima kaliks yang bercantum di pangkalnya manakala di bahagian tengahnya terdapat lenggai yang berbentuk bujur dan mengandungi banyak biji berwarna putih yang bertukar coklat apabila mencapai tahap atau biji telah cukup matang. Mengenai khasiat dan kegunaan rosel telah banyak diketahui ramai masa kini. Rosel merupakan sejenis tanaman yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Minuman yang diperbuat daripada kaliks atau kelopak buah roseI yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta mineral (kalium dan kalsium). Di kebanyakan negara di dunia buah roseI telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khasnya kaliks yang dikeringkan telah terkenal digunakan sebagai teh ubatan. Minuman roseI dipereayai boleh membantu peredaran darah yang baik, mengurangkan tekanan darah tinggi dan memberikan kesan awet muda. Selain untuk jus minuman, kaliks segar juga boleh diproses kepada beberapa jenis prod uk lain seperti jem, halwa, jeli, jeruk dan pewarna makanan. Biji roseI pula boleh diproses untuk mendapatkan minyak khasnya bagi kegunaan kosmetik. Daun atau pueuk muda boleh digunakan sebagai sayur-sayuran manakala gentian daripada kulit batang pula sesuai untuk dibuat tali.


Menyentuh kesesuaian kawasan dan iklim bagi tanaman rosel, cuaca seperti di Malaysia mendapati pokok roseI boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah termasuk di kawasan tanah pasir bris jika keperluan air bagi pertumbuhannya meneukupi dan air tidak bertakung. Walau bagaimanapun, pengeluaran tanaman ini tidak sesuai dalam musim hujan yang berpanjangan seperti musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, kerana masalah serangan penyakit kulat terhadap daun, batang dan buah. Amalan penting dilakukan sebelum menanam adalah dimana tanah perlu disediakan dengan baik supaya bersih dan gembur. Kerja penyediaan tanah termasuklah membersihkan kawasan, membajak piring dan diikuti dengan membajak putar menggunakan jentera pembajak. Sekiranya tanah berasid, iaitu apabila pH kurang daripada 5.0/ baja kapur seperti GML pada kadar 2-4 tlha perlu digunakan. la hendaklah ditabur dan digaulkan seeara bajak putar ke dalam tanah yang masih lembap sekurang­kurangnya 14 hari sebelum menanam untuk tindak balas kimia yang berkesan. Parit ladang juga perlu disediakan bagi kawasan yang mudah bertakung air.


Pembiakan roseI boleh dilakukan dengan menggunakan biji benih. Biji benihnya mudah diperoleh iaitu seeara memungut lenggai yang matang yang kemudian dikeringkan dan disimpan (Sila anda lihat foto disebelah). Sebelum menanam sebaiknya biji benih perlu disemai di dalam dulang semaian atau polibeg agar mudah dijaga. Anak semaian kemudian diletak di bawah teduhan dan disiram selalu bagi mendapatkan anak benih yang subur dan sihat. Selepas 14 hari, anak benih yang berukuran 15-20 cm tinggi sesuai untuk ditanam ke ladang. Setakat ini hanya terdapat satu varieti sahaja yang disyorkan untuk di tanam di Malaysia iaitu varieti UMKL 1 yang diperkenalkan oleh Universiti Malaya sementara varieti UMKL 2 baru sahaja diperkenalkan. Kajian berterusan bagi mendapatkan varieti baru yang lebih baik sedang dijalankan oleh MARDI dan beberapa institudi lain walau pun belum ada outcome terkini. Varieti UMKL 1 yang ditanam telah lebih 15 tahun dilapangan dan sebaiknya ada varieti baru yang lebih tahan penyakit, berhasil tinggi dan juga tahan lama selepas dituai didibuang bijinya. Jika ada jaminan pasaran yang kukuh dengan varieti yang banyak hasilnya saya fikir adak lebih ramai petani menanam rosel.


Dalam menanam rosel sebaiknya tapak tanaman hendaklah dibajak putar sekali lagi sambil sekali gus membuat batas yang lebarnya 1.5 m (dari parit ke parit) menggunakan 'rotoridger/. Penanaman anak benih disyorkan pada jarak 0.6 m dalam baris dan 1.5 m di antara baris. Jarak ini memberikan kepadatan tanaman sebanyak 11/110 pokok sehektar. Penanaman untuk kawasan yang luas boleh menggunakan jentera dan bagi tujuan ini. Kaedah semaian anak benih dan jarak tanaman perlu diubah mengikut kesesuaian jentera dan juga keadaan tanah. Anak benih yang sesuai dimasukkan kedalam lubang penanaman yang telah diberikan baja asas terutama baja organik seperti tahi ayam dan sebagainya. Penanaman perlu dilakukan mengikut jadual penanaman dimana elakkan daripada peringkat tumbesaran tanaman terkena musim hujan monsoon. Pemerhatian penulis di Mersing dahulu mendapati hujan lebat yang berterusan untuk beberapa jam atau beberapa hari telah merosakkan daun rosel dengan teruk dan menjejaskan hasilnya dengan ketara. Sebaliknya penanaman rosel pada musim panas dengan sistem pengairan yang baik menjamin hasil yang tinggi dan berkualiti. Artikel ini bersambung dalam Part 2. Wasallam!..


TANAM ROSEL... BERANI CUBA...
BELI BENIH... DARIPADA SIAPA...
SUDAH BERHASIL...DIPETIK SEGERA...
DIBUANG BIJI.. JUALAN DIMANA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 202, Hotel Timotel,
Bandar Mersing, Mersing,
Johor,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...