Support My Blog

Monday, June 13, 2016

POKOK KETUM - APA BAHAYANYA? (Part 2)

POKOK KETUM (Mitragyna speciosa Korth., Havil ) adalah merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan Ketum ini didapati banyak tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar tempatan mengenai bahaya pengambilan daun tumbuhan Ketum iaitu sejenis tanaman terkawal untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada semua.

Pada masa dulu dikalangan penduduk tempatan ketum selalu digunakan secara tradisional semenjak berzaman-zaman. Terdapat testimoni dimana ia dianggap sebagai sejenis ubat tradisional bagi merawat cirit birit, demam dan batuk, mengelakkan dari penyakit cacing dan mampu untuk meningkatkan selera makan. Manafaat lain adalah air ketum akan menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat. Jika ia diadun dengan herba lain maka ia jadi penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah. Antara kegunaan-kegunaan lain adalah kegunaannya sebagai bahan detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams). Ia juga bertindak sebagai bahan stimulan dimana ia mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan. Ketum adalah tumbuhan sebagai analgesik yang berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin. Ia juga dianggap sebagai 'Drug narkotik' yang menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin dimana ia adalag jenis drug gantian untuk candu. Ia mampu menyembuhkan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate. Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).

Kesan Farmakologi bagi tumbuhan ini dimana ia akan bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan ia akan bertahan selama 6 jam. Tindakbalas berlaku seperti mengurangkan ketegangan otot dan ia menindas sistem saraf pusat. Ini seterusnya memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive) dan kesan ini berhubungkait dengan dos yang diambil. Mekanisme Tindakan air Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor Mu yang mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan. Jika dokaitka dengan kesan Mengikut Tahap Dos apa yang berlaku adalah alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif. Pada dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod. Pada kadar dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) maka ia memberi kesan sedatif pada reseptor mu. 

Selain iatu akhbar tersebut melaporkan kesan Sampingan Mitragynine iaitu pada keadaan Kesan Dos Rendah adalah kesan menghalang motivasi serta ketiadaan minat. Mereka juga akan merasa bosan dan malas. Pada tahap Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana) ianya akan memberi kesan 'Ransangan' dan 'Peningkatan tenaga fizikal dan batin' yang mungkin juga mampu untuk meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau jenis kerja-kerja yang membosankan. Pengguna akan lebih utuk suka bercakap, ramah, suka bergaul tetapi ia juga mudah runsing. Dalam pada itu laporan menunjukkan Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi) akan menyebabkan ia akan kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi dan ada ada 'berasa tenang'. Ia juga seperti hilang dalam alam mimpi dan badan akan merasa gatal atau berpeluh, Anak mata menjadi sempit dan merasa loya. Pada tahap Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat) akan menyebabkan mulut menjadi kering, Kerap kencing, Kehilangan selera makan (anoreksia) dan kesan Sembelit . Akhirnya Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama) akan menyebabkan berlaku Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan, Jaundis (penyakit hati), Insomnia (payah tidur), Psikosis (gila) dan Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi.

Kajian menunjukkan pada Kesan Penggunaan Banyak (kadar 10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari) akan menyebabkan mereka akan banyak tidur, Hilang keupayaan untuk bekerja, Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat) dan juga kejadian Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka). Selain itu dilaporkan berlaku 'Gejala Tarikan' dimana mereka mengalami Hidung dan mata berair, Cirit birit, Sakit pada otot dan tulang, Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan, Sintakan otot (muscle jerking), Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan), Mudah meradang dan akan Hilang keupayaan bekerja. Antara Risiko yang berlaku adalah dimana mereka akan tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran. Mereka juga akan ketagih jika tahap menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin. Jika diambil pada dos besar kafein maka kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah. Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian.


Penanaman, pengambilan dan penjualan daun ketum adalah perkara yang berkait dengan  Aspek Perundangan. Tanaman ini adalah dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan juga Thailand. Thailand mengharamkan penggunaannya iaitu semenjak tahun 1943. Ini dilakukan kerana memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum adalah sama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan yang serius. Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang kini telah disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989). Hukuman jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Ketum merupakan ancaman kepada generasi akan datang jika tidak dilakukan pengawalan dari sekarang. Sila baca artikel sama Part 1. Semuga tulisan semula dari petikkan akhbar tempatan ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK KETUM...HIJAU DAUNNYA...
KESAN DADAH... JIKA AMBILNYA...
KINI DIKAWAL.. CAR PENANAMNYA...
AKTA RACUN 1952... ITU HUKUMANNYA.



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pemuliharaan dan Penetasan Penyu,
Cherating, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(4 Ramadan 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...