Support My Blog

Monday, April 17, 2017

BERUANG, LEBAH DAN KELULUT - ANCAMAN

BERUANG MADU (Honey Bear) merupakan satu daripada ancaman kepada industri Terakan Lebah Madu dan Ternakan Kelulut di Malaysia selain daripada beberapa perosak lain. Pada masa ini industri penternakan Lebah Madu (Apis spp) terdiri daripada Jenis Lebah Madu Keran (Apis cerana), Lebah Madu Import (Apis mellifera) dan kutipan madu liar iaitu Lebah Tualang (Apis dorsata). Beberapa projek lebah madu telah jatuh dan bangun semenjak penulis blog terlibat dengan industri ini pada tahun 1983. Laporan menunjukkan jenis Lebah Import merupakan spesis lebah madu yang paling banyak digunakan dalam industri lebah madu menggantikan Lebah Tempatan iaitu Lebah Keran. Jenis ini besaiz agak besar dan lebih produktif dan juga lebih jinak dibandingkan spesis Apis cerana . Racun pada sengatnya sangat sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kini di Malaysia seramai 730 usahawan lebah madu telah direkodkan oleh Jabatan Pertanian dengan penghasilan madu sekitar 30 metrik tan setahun pada tahun 2015 (Sumber: Laporan Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya). Beberapa kawasan hutan gelam dan hutan akasia telah dikenalpasti amat sesuai untuk penternakan lebah import dan juga kawasan kelapa serta ladang belimbing. Selain itu penternakan Kelulut (Trigona spp) semakin ramai usahawan yang menceburinya. Ini kerana Kelulut tidak menyengat dan mudah diuruskan berbanding dengan lebah madu. Dua spesies kelulut yang popular diternak adalah Trigona itama dan Trigona thoracica. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan beruang madu yang menjadi ancaman didalam penternakan lebah madu dan kelulut di negara kita berdasarkan kepada pengalaman penulis blog sendiri.


Pertama kali penulis melawat lokasi projek ternakan Lebah Madu yang diserang beruang adalah pada tahun 2015 bertempat di Hutan Kemansul, Temerloh, Pahang. Projek ini adalah dibawah Program Agropreneur Muda dibawah MOA yang dijalankan melalui Jabatan Pertanian. Seramai 5 orang peserta telah mendapat pinjaman daripada AgroBank dengan jumlah RM15,000 seorang bagi menjalankan projek ternakan lebah madu jenis Apis mellifera semenjak awal 2015. Mereka mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Pahang untk meletakkan lebih daripada 50 koloni di dua lokasi yang dikenalpasti. Semua haif lebah diletakkan diatas tiang kayu yang dibina setinggi 2 kaki dan lebah aktif mengumpul nektar yang dikutip daripada daun muda pokok hutan jenis akasia (Acacia mangium). Keseluruhan kawasan penempatan haif lebah dipasang pagar kawat setinggi 3-4 kaki. Madu Lebah dilaporkan mula terkumpul pada bulan April 2015 dan beberapa hari sebelum aktiviti menuai dijalankan, kumpulan peserta projek terkejut pada esok paginya apabila hampir 85% haif yang ada madu jatuh bergelimpangan diatas tanah. Kesan-kesan tapak kaki beruang madu (dipercayai beberapa ekor beruang dalam satu famili) dipercayai menjatuhkan haif lebah dan makan madunya. Banyak haif yang pecah dan rosak semasa penulis blog membuat lawatan beberapa bulan kemudian (Sila lihat foto disebelah). Peserta ketakutan dan kecewa dengan kes ini dan meninggalkan projek ini. Projek ini dianggap sebagai gagal disebabkan oleh masaalah serangan oleh beruang. Bagaimana pun hutang dengan pihak AgroBank masih ada dan dijadualkan semula. 


Beruang Madu yang ada didalam hutan seperti di Hutan Akasia Kemansul ini boleh mengamcam keselamatan haif lebah atau kotak kelulut dan menakutkan penternak. Usaha bersama semua pihak perlu adakan satu kaedah lain untuk mengawalnya. Peserta menjadi ketakutan dengan beruang yang aktif pada malam hari dan petang atau masa lain kerana ia berjauhan lebih 25 km dalam hutan. Penulis merujuk kepada laporan akhbar tempatan bertajuk "Leka cari madu, lelaki parah diserang beruang" dalam akhbar Sinar Harian disiarkan pasa 19 APRIL 2016 kemudiannya. Laporan menyatakan mangsa cedera parah diserang beruang yang berlaku di Tanah Merah, Kelantam. Laporan menyebutkan dimana seorang lelaki berusia 55 tahun cedera diserang seekor beruang ketika mencari madu lebah kelulut di kawasan semak belakang Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, Che Hasan Yaacob bernasib baik apabila terselamat namun mengalami cedera parah pada betis kiri akibat digigit binatang buas berkenaan. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan masuk ke dalam semak di belakang masjid itu untuk mencari madu lebah kelulut apabila beruang terbabit tiba-tiba muncul dan mengejarnya. Mangsa bertindak melarikan diri dan cuba menyelamatkan nyawanya dengan memanjat sebatang pokok tetapi tidak sempat sebelum digigit beruang terbabit. Walaupun betis kirinya digigit, mangsa terus melawan dengan menetak binatang buas itu menggunakan golok menyebabkan beruang itu melarikan diri dan masuk semula ke dalam hutan berhampiran.


Mangsa yang berlumuran darah dan dia kemudiannya menunggang motosikal ke Balai Polis Batang Merbau tidak jauh dari tempat kejadian untuk membuat laporan polis. Mangsa diberikan rawatan kecemasan awal oleh seorang jururawat yang kebetulan berada di balai polis itu bagi menghentikan pendarahan. Mangsa yang beralamat di Kampung Bukit Gading, dekat sini, kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian. Mengenai haiwan beruang ini yang merupakan haiwan yang dilindungi di negara kita sentiasa menghantui beberapa usahawan lebah madu dan kelulut terutama dikawasan hutan biasa dan hutan akasia. Penduduk kampong yang tinggal berhampiran hutan yang ada haiwan buas seperti beruang madu digalakkan sentiasa waspada dengan kemungkinan serangan ini berlaku. 


Dalam rujukan yang penulis lakukan didapati dimana beruang madu (Helarctos malayanus) termasuk dalam keluarga Ursidae dimana ia merupakan jenis beruang yang paling kecil dari 8 jenis beruang yang ada di dunia. Beruang ini selalunya mempunyai saiz panjang badannya sekitar 1.40 meter dengan tinggi punggungnya 70 cm dengan beratnya berkisar 50 - 65 kg.Walau pun biasanya bulu beruang madu pendek tetapi ia selalunya berkilau atau berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Matanya berwarna coklat atau biru dan juga bahagian hidungnya relatif lebar tetapi tidak terlalu moncong. Jenis bulu beruang madu adalah yang paling pendek dan halus dibandingkan beruang lainnya, berwarna hitam kelam atau hitam kecoklatan dan di bawah bulu lehernya terdapat tanda yang unik berwarna oren yang dipercayai menjadikan ia seakan 'matahari terbit'.  Berbeza dengan beruang madu dewasa selalunya anak atau bayi beruang madu yang baru lahir memiliki bulu yang lebih lembut, tipis dan bersinar. Beruang madu kadang-kadang tinggal diatas pokok dan ia merupakan haiwan yang pandai panjat pokok dengan menggunakan kukunya yang kuat dan tajam. Jila bergerak atau berlari mampu mencapai kecepatan hingga 48 kilometer sejam dan ia memiliki tenaga yang sangat kuat. Beruang madu memiliki deria hidung dan mencium yang sangat tajam dan memiliki kuku yang panjang di keempat lengannya yang digunakan untuk mempermudah mencari makanan. Beruang madu lebih sering berjalan dengan empat kaki, dan sangat jarang berjalan dengan dua kaki seperti manusia. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
BERUANG MADU... APA BINATANGNYA....
MAKAN MADU... KELULUT MANGSANYA...
PERLU DIKENALI... SIFAT BAHAYANYA...
MENULIS ARTIKEL... DIBACA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut Agropreneur Muda,
Hutan Kemansul. Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(16 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...