Support My Blog

Tuesday, May 9, 2017

STATUS PENYAKIT LAYU BAKTERIA PISANG DI MALAYSIA (Part 2)

PISANG atau Banana merupakan sejenis buah tropika yang popular ditanam dan dimakan oleh penduduk dunia dan juga haiwan lain. Pisang (Musa spp) adalah tumbuhan daripada keluarga Musaceae yang lazimnya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan produk lain. Pokok pisang juga ada spesis yang sesuai dijadikan tanaman hiasan atau tanaman landskap. Kebanyakan pisang yang kita makan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Daripada buku rujukkkan menyatakan Genom yang disumbangkan jenis Musa acuminata diberi simbol 'A', manakala genom sumbangan jenis Musa balbisiana diberi simbol 'B'. Proses kacukan bersilang semulajadi diantara kedua jenis spesies ini menyebabkan pada masa ini terdapat pelbagai jenis subspesies pisang yang ujud diseluruh dunia. Penulis membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2016 terdapat seluas 30,301 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 321,810 metrik tan. Penanaman pisang di Malaysia terus meningkat daripada hanya seluas 28,911 pada tahun 2014 dan seluas 30,711 pada tahun 2015 apabila masaalah serangan penyakit MOKO semakin berkurangan (Rujukan: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016 mukasurat 19). Pisang yang dihasilkan di negara kita adalah untuk pasaran domestik dimana ada sebahagian dieksport kenegara jiran seperti Singapura dan Brunei. Pokok dan Buah Pisang merupakan antara perkara yang sering dilaporkan didalam akhbar tempatan kerana ia memang sangat rapat dengan kita. Penulis subuh ini dapat petik dan kupas beberapa laporan akhbar tempatan yang membuat laporan tentang pisang. Artikel pada subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mempaparkan status penyakit layu bakteria pisang di Malaysia seperti yang dibentangkan dalam Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 iaitu di Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kompleks DITC, Kemaman, Terengganu.

Pada tahun 2007 Jabatan Pertanian Malaysia telah melaporkan dimana berlaku serangan merebak penyakit layu pisang dengan simptom buah reput hitam dikesan dinegeri Johor, Malaysia. Penyakit ini berlaku selepas kejadian banjir besar pada Disember 2006 dan Januari 2007 di Johor. Pada masa itu penulis yang sedang bertugas di Muar, Johor menjadi barisan hadapan ketika berlaku 'outbreak' serangan penyakit ini dibeberapa kawasan di Johor. Diantara simptom serangan dimana bahagian daun kekuningan, layu dan nekrosis, akhirnya seluruh pokok mati. Sementara itu akan keluar bahan 'Ooze bakteria' dari permukaan batang pokok dijangkiti yang dipotong. Lazimya berlaku dimana bunga jantan menjadi hitam dan buah kelihatan nornmal tetapi bila dipotong isi kelihatan perang kehitaman dan reput. Kini selalu dilaporkan sebelum 2010 kaedah penelitian diladang hanya berdasarkan simptom serta Ujian ooze. Pada masa ini telah dikenalpasti di makmal maka sistem BIOLOG iaitu ia hanys Setakat Genus dan spesies bakteria . Dari tahun 2011 hingga kini kajian diladang dilakukan berdasarkan simptom dan juga aktiviti ujian ooze. Dengan mengenalpasti di makmal lazimnya kaedah molekular (PCR) bertujuan untuk mengealpasti Genus, spesies dan phylotype adalah bahaya. Dalam pada itu dicatitkan dalam sejarh dimana status serangan layu pisang di Johor tahun 2007 (Berdasarkan simptom, ujian ooze dan sistem BIOLOG (Sekitar 60.7 %) daripada kawasan seluas 3,212 ha tanaman pisang. Jumlah pisang diserang penyakit layu bakteria pisang (Ralstonia solanacearum/ R.s). KMini seluas 2.5% telah dijangkiti layu Panama (Fusarium oxysporum f.sp. cubense/ Foc). Keterukan serangan penyakit berbeza mengikjut varieti pisang. Status serangan layu pisang di Semenanjung telah dilaporkan berlaku di Malaysia dari tahun  2007 sehingga tahun 2009, di Johor , N. Sembilan, Melaka, Kedah dan juga Kelantan. Dilaporkan sejumlah 1,976 ha tanaman pisang dijangkiti penyakit layu bakteria R.s, dan seluas 882 ha dijangkiti layu Panama Foc dan akhirnya 27 ha dijangkiti kedua-dua patogen. Pada tahun 2012-2013 penyakit layu bakteria pisang dilapor di Negeri Sembilan, Selangor, P. Pinang, Pahang, Johor dan Sabah. Pokok dijangkiti dikenalpasti diserang bakteria R. solanacearum spesies complex dan BDB. Adakah serangan ini akan memalapkan industri pisang negara?.


Daripada pemantauan dan rekod Jabatan Pertanian, pada tahun 2014dimana pokok pisang yang dijangkiti layu bakteria pisang dari beberapa negeri telah dikenalpasti dan disahkan penyakit MOKO.  Perkara ini tekah disahkan berlaku dibeberapa lokasi iaitu di Shah Alam, Selangor, Pasir Panjang, Selangor, Gua Tempurung, Perak, Kuantan, Pahang, Raub, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan juga di Jelebu, Negeri Sembilan. Daripada analisa makmal yang dilakukan mendapati pada tahun 2007 sehingga 2010 oleh Jabatan Pertanian mendapati penyakit Layu Bakteria Pisang  ini diserabkan serangan Ralstonia solanacerum yang direkodkan di Melaka, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan. Bagaimana pun patogen ini dikenalpasti sebagai Ralstonia solanacerum species complexs, BDB pada tahun 2011-2014 yang direkodkan dibeberapa negeri iaitu di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, W.P Putrajaya, Pulau Pinang dan juga Pahang serta di Sabah. Patogen lain penyebab layu bakteria yang dijumpai pada tahun 2014 pula adalah patogen jenis Ralstonia solanacerum, MOKO yang dilaporkan terdapat di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulai Pinang dan Pahang. Pengesanan oleh Jabatan Pertanian pada 2015 mengenalpasti dimana patogen jenis Ralstonia solanacerum species complexs, BDB  telah didapati di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang. Dalam pemantauan pada 2016 masih berlaku serangan patogen sama dinegeri-negeri yang lazimnya telah ada serangan penyakit Layu Bakteria Pisang ini. Ini bermakna negara kita Malaysia masih diancam dengan penyakit Layu Bakteria yang menganggu pengeluaran buah pisang.


Pada penulis blog amat teruja apabia diberitahu dimana antara jenis pisang yang selalu diserang Penyakit Layu Bakteria ini adalah Pisang Berangan, Pisang Abu, Pisang Nangka, Pisang Lilin, Pisang Nipah dan juga Pisang Tanduk serta Pisang Kapas. Petani perlu sentiasa membuat pemantauan jika menanam pisang jenis yang dinyatakan diatas dengan sering membyat pemantauan dan mendapatkan anakbenih daripada lokasi yang pernah diserang penyakit layu ini. Dilaporkan bahawa kawalan penyakit ini adalah amat sukar dan memang tiada racun kimia. Oleh itu Jabatan Pertanian mengalakkan agar dilakukan Amalan Pertanian Baik yang dianggap amat penting. Pertama sekali paling asas adalah dengan cara menggunakan anakbenih yang bebas daripada penyakit BDB. Kedua jika berlaku serangan maka dengan segera musnahkan pokok pisang yang dijangkiti iaitu dengan menebang dan mencincangnya dan kemudian dibakar dalam sekam padi jika pembakaran ini dibenarkan. Kawalan lain dengan menyuntik atau menyembur racun rumpai jenis Glyphoshate pada batang pisang dijangkiti boleh dilakukan. Sebaiknya buat juga semburan dengan racun rumpai sekitar 5 meter radius dikawasan serangan. Kaedah kawalan ke 3 adalah dengan cara kuarantin kawasan tanaman dijangkiti dengan memasang pagar disekeliling kawasan supaya tidak ada pergerakan tanah dan tumbuhan keluar (Sila lihat foto dibawah). Gunakan pagar yang sesuai dengan bajet.. 


Disyorkan juga untuk memasang pintu khusus bagi mengawal pengunjung dan haiwan ternakan keluarmasuk dikawasan dijangkiti.  Ke 4 cara kawalan penyakit Layu Pisang adalah dengan kaedah membuat pengawasan dan pengesanan awal penyakit. Ini dilakukan dengan membuat pemeriksaan ladang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mengesan kejadian penyakit. Jika ada kes maka lakukan cara pemusnahan segera pokok dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 meter radius. Adalah lebih baik jika pokok berpenyakit yang dikesan semasa pengawasan terus dimusnahkan segera. Kaedah ke 5 dalam mengawal serangan penyakit layu pisang dengan membuat tanaman giliran pisang dengan tanaman lain untuk selama 2 tahun. Sebaiknyanya tanaman tersebut bukan dari jenis perumah (hosts) kepada bakteria yang menjadi patogen penyakit ini. Kaedah ke 6 adalah dengan cara mempastikan kebun pisang mempunyai sistem sapliran atau perparitan yang sempurna. Ini didapati akan mengelakkan berlaku serangan penyakit layu bakteria merebak. Ke 7 adalah dengan mempastikan kawalan rumpai, cacing nematod dan perosak lain dikawal dengan baik.


Kaedah lain sebagai kawalan adalah dengan cara MEMBALUT buah pisang menggunakan plastik pembalut buah  pisang yang sesuai. Bagaimana pun sebelum membalut sebaiknya disuntik dengan racun serangga sebanyak 50 ml pada bahagian jantung pisang. Apa yang berlaku adalah kesan racun hanya didapati pada jantung pisang dan bukan pada buah pisang hasil kajian yang dijalankan. Bagaimana pun dielakkan daripada mengambil jantung pisang ini untuk dijadikan makanan. Oleh itu petani perlu mempastikan juga jika suntikan dilakukan pasang tanda amaran agar tiada orang lain yang akan mengambil jantung pisang yang telah disuntik dengan racun. Sebaiknya amalan membalut tandan pisang perlu dibungkus dengan pembalut jenis  'insecticide impregnated plastic‘ yang lazimnya dijual dikedai dalam warna biru- chlopyrifos yang mana ia akan mengelakan kehadiran serangga seperti koya dan sebagainya. Plastik jenis berwarna hijau pula adalah jenis bifenthrin yang akan menakutkan serangga seperti jenis weevil dari mendekati tandan pisang yang dibalut.  Kaedah kawalan yang ke 9 adalah dengan menyediakan ‘foot bath’ yang mengandungi air bercampur larutan disinfektan seperti bahan clorox, virkon di pintu masuk atau di pintu keluar. Cara ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebaran bakteria melalui tanah yang melekat pada kasut terutama di kawasan serangan. Kaedah kawalan penyakit ini yang ke 9 adalah dengan mengamalkan kaedah memasmikuman pada semua peralatan ladang seperti alatan untuk menggali, alat untuk memotong, pisau mencantas dan lain-lain dengan merendam alatan tersebut didalam larutan formaldehyde 10% selama 10 saat. Ini akan membunuh patogen yang melekat pada alatan tersebut.


Pada penulis sebagai kesimpulan dari pembentangan kertas ini amat perlu difahami. Penyakit Blood disease (BD) Pisang yang sebelum ini terdapat di Indonesia telah merebak ke Semenanjung Malaysia dan Sabah. Bagaimana pun sehingga artikel ini ditulis Negeri Sarawak masih bebas penyakit ini. Sementara itu Penyakit MOKO pisang yang sebelum ini terdapat di Amerika Selatan dan Filipina telah dikesan di Semenajung Malaysia pada 2014. bagaimana pun sehingga kini Penyakit Moko Pisang adalah masih bebas di negeri Sabah dan Sarawak. Sebaiknya pergerakan buah atau pun bahan tanaman pisang perlu dikawal dalam melindungi industri pisang di Malaysia. Jabatan Pertanian mengenakan dan mengemaskini syarat pengimportan pisang ke Malaysia dengan ketat terutama daripada negara yang berisiko dengan penyakit ini. Jabatan Pertanian telah berjaya untuk  membangunkan Standard Prosedur Kerja (SOP) yang menggariskan pelan tindakan dan langkah kawalan penyakit ini untuk dilaksanakan. Semuga tulisan teknikal ini memberi infoo berguna kepada semua. Wasalam!!!.

TANAM PISANG... ADA PENYAKITNYA...
PENYAKIT LAYU... ADA 2 JENISNYA...
JENIS PERTAMA...PENYAKIT PANAMA...
PENYAKIT 'BLB'... IANYA MERBAHAYA...
KETAHUI JENIS...TAHU SIMPTOMNYA...
PERLU DIKAWAL...DIPANTAU SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks DITC, Telok Kalong,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.

(Ditulis pada 8 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...