Support My Blog

Wednesday, November 8, 2017

BAJA ORGANIK DAN BAJA SINTETIK


APAKAH DIA BAJA ORGANIK DAN BAJA SINTETIK?.. Itu merupakan antara beberapa persoalan biasa yang lazim dibincangkan dalam teknologi pembajaan dan juga amalan agronomi tanaman. Pada penulis blog diantara perkara yang utama dalam pertanian ialah aktiviti PEMBAJAAN. Baja yang diberikan kepada pokok untuk membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh pokok seperti Nitrogen (N), Fosforus (P), Potassium (K) dan lain-lain untur makanan keperluan tumbuhan termasuk air dan udara. Lazimnya dengan manjaga pembajaan dengan baik maka pokok-pokok kita dapat hidup subur dan sihat serta mampu untuk ianya mengeluarkan hasil yang berkualiti untuk jaminan harga terbaik. Pada penulis tentu anda pernah mendengar istilah Baja Organik dan Baja Sintetik (atau Baja Kimia atau Baja Sebatian). Pada penulis juga telah mendapati dimana baja terbahagi kepada dua iaitu Baja Organik dan Baja Tidak Organik. Apa beza baja organik dengan baja tidak organik? Mana satu jenis baja yang lebih baik?. Banyak juga telah diperkatakan mengenai perkara ini dalam beberapa forum untuk mendapatkan keterangan teknikal dan kesan kepada ekonomi dalam pertanian. Baja organik ialah baja yang dihasilkan daripada benda hidup atau bahan mineral dan mestilah boleh wujud secara semulajadi dalam alam kita. Antara contoh baja organik ialah najis haiwan seperti tahi ayam, kompos dan serbuk batu kapur. Baja organik bekerja secara perlahan kerana ia perlu diuraikan dahulu oleh agen organisma tanah untuk melepaskan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Ia juga melepaskan nutrien dalam keadaan panas dan lembab, bertepatan dengan masa sesuatu jenis tumbuhan paling memerlukan nutriennya. Sifat ini juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku kerana nutrien yang dilepaskan terus digunakan oleh tumbuhan. Perlepasan nutrien secara perlahan ini juga mengurangkan risiko untuk kehilangan nutrien ke dalam tanah. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan baja organik dan juga kelebihan baja sintetik sekadar berkongsi info dengan semua pembaca blog saya.


Baja organik seperti baja tahi ayam dan baja kompos perlu diurai terlebih dahulu oleh mikroorganisma (Sila anda lihat foto disebelah). Nutrien yang ada terkandung dalam baja organik pula terdiri daripada pelbagai elemen. Trace elements adalah elemen yang digunakan oleh pokok pada kadar yang sangat sedikit) yang ada dalam baja organik membantu pokok untuk hidup subur dan kuat serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit. Sementara itu bahan seperti humus yang terhasil selepas bahan organik mereput dapat membaiki struktur tanah. Humus dapat meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang air di samping memegang nutrien untuk diserap oleh akar pokok. Tanah menjadi lebih mudah dikerjakan dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik untuk akar pokok. Malahan bukan itu sahaja dimana baja organik dapat meningkatkan aktiviti biologi dalam tanah, menjadikan tanah ‘hidup’ dan ‘kuat’. Bakteria baik dapat hidup gembira dalam tanah dan berterusan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Pada pendapat penulis blog secara ringkasnya, baja organik bukan sahaja membekalkan nutrien untuk tumbuhan, ia juga memberi kebaikan yang banyak kepada tanah. Semakin lama pembajaan organik dibuat, semakin bertambah kesuburan tanah.


Tanah yang mengandungi bahan organik lebih ‘hidup’ dan sihat berbanding dengan jenis tanah yang kurang atau tiada bahan organik. Bagaimana pun pada saya jenis baja organik tetap mempunyai beberapa kekurangan. Ini disebabkan sifatnya yang melepaskan nutrien secara perlahan dimana pokok tidak mendapat nutrien serta-merta selepas baja diberikan. Penggunaan baja cecair dan semburan adalah dicadangkan sekiranya pokok memerlukan bekalan nutrien yang serta-merta. Selain itu dilaporkan dimana baja organik memerlukan mikroorganisma untuk menguraikan seterusnya melepaskan nutrien untuk pokok. Penggunaan air berklorin untuk tujuan pengairan serta penggunaan racun kimia akan mematikan organisma-organisma ini. Justeru itu pengguna baja organik perlu menggelakkan penggunaan racun khususnya kepada tanah dan menggunakan air yang bebas klorin. Jumlah nutrien dalam baja organik juga tidak dapat dipastikan secara tetap. Sebagai contoh mungkin najis lembu daripada Ladang A mungkin lebih subur berbanding najis lembu daripada lokasi Ladang B walaupun kedua-duanya tetap najis dari haiwan lembu. Baja Sintetik atau Baja Tidak Organik (turut dipanggil sebagai baja kimia atau baja sintetik) dihasilkan melalui tindak balas kimia serta selalu mengandungi mineral atau kimia sintetik. Baja tidak organik juga mengandungi nutrien pada kadar yang tertentu, bersesuaian dengan tujuan baja tersebut digunakan. Contoh baja kimia ialah MOP (Muriate of Potash) dan TSP (Triple Superphosphate). Baja NPK Hijau, Biru dan sebagainya juga merupakan contoh baja tidak organik dan mempunyai unsur Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Potassium (K) pada kadar tertentu.


Dalam membincangkan jenis baja sintetik terdapat banyak jenis formulasi yang dijual dipasaran. Ada yang dijual dalam bentuk butiran dan cecir yang mengandungi unsur NPK dan Trace element mengikut keperluan tanaman. Sebagai contoh baja kimia iaitu Muriate of Potash ada digunakan khusus untuk tujuan tertentu aplikasinya (Sila lihat foto disebelah). Kini antara kelebihan baja tidak organik ialah dimana nutrien yang terkandung dalamnya tersedia dalam bentuk yang dapat digunakan terus oleh tumbuhan. Justeru, pokok dapat menyerap nutrien yang diperlukan serta-merta selepas baja diberikan seterusnya pokok mula menampakkan perubahan dalam beberapa hari sahaja selepas pembajaan. Selain itu, kadar nutrien yang diketahui dengan jelas pada label baja kimia dapat membantu kita memberikan nutrien yang secukupnya kepada pokok. Jadual dan sistem pembajaan yang tepat dapat dibuat untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki. Kelebihan lain baja tidak organik ialah harganya yang lebih murah berbanding baja organik. Pada penulis mendapati antara kekurangan baja tidak organik pula ialah ia dihasilkan daripada sumber yang mana ia tidak boleh diperbaharui seterusnya memberi kesan untuk jangkamasa panjang kepada alam. Petani juga tidak dapat menghasilkan sendiri baja kimia menyebabkannya terpaksa sentiasa bergantung dengan sumber luar untuk pembajaan.


Sebenarnya memandangkan baja tidak organik tersedia dalam bentuk yang dapat diserap terus, masalah terlebih baja boleh berlaku seterusnya akan membunuh tanaman kita. Nutrien dalam baja juga cenderung untuk larut lesap ke dalam tanah sehingga tidak tercapai oleh akar pokok.  Bukan itu sahaja, penggunaan baja kimia secara berterusan berisiko untuk membentuk sisa toksik seperti arsenik di dalam tanah. Penggunaan berterusan juga menyumbang kepada perubahan pH tanah dan memberikan kesan negatif kepada tumbuhan. secara mudahnya boleh penulis blog simpulkan dimana baja organik dan baja tidak organik berbeza dari segi kesannya terhadap alam sekitar khususnya kepada tanah. Tanaman kita tidak dapat membezakan antara baja organik dan baja tidak organik memandangkan nutrien yang diserap oleh tumbuhan ialah pada bentuk yang sama. Namun, baja organik memberi manfaat besar kepada tanah sementara baja tidak organik tidak memberi sebarang kesan baik terhadap tanah. Penjagaan alam sekitar dalam memilih antara baja organik dan tidak organik berkait dengan apa yang mementingkan kelestarian alam sekitar iaitu baja organik adalah lebih menguntungkan pada jangka masa panjang. Bagi petani untuk menggunakan kedua-dua jenis baja sekiranya penanaman dibuat untuk mencapai hasil yang tertentu. Gunakan baja organik seiring dengan baja tidak organik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kebajikan tanah. Petani yang menanam secara kecil-kecilan tanpa tujuan komersial adalah digalakkan tuntuk menggunakan baja organik seratus peratus. Penggunaan baja organik secara berterusan dapat meningkatkan kesuburan tanah dan akhirnya menurunkan kos pembajaan dari masa ke semasa dan mampu dalam memberikan hasil berkualiti. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology yang selalu merujuk blog saya. Wasallam!!!.
BAJA ORGANIK... IA SELAU DIGUNA...
BAJA SINTETIK....CEPAT KESANNYA....
DISYORKAN...KOMBINASI KEDUANYA,,,
HASIL TINGGI... MEMBAIKAN HARGA...

By,
M Anem,
Senir Agronomist,
Bandar Baru UDa, Tampoi,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(12 Zulkaedah 1438H)
Posted from Room 217, Pure Hotel,
Sg Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...