Support My Blog

Sunday, January 14, 2018

NANAS MD2 - DILANCARKAN DISARAWAK!

NANAS (Ananas comosus) varieti MD2 telah dilancarkan di Sarawak pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium Negeri Sarawak pada 13 Januari 2018. Majlis ini yang dilaksanakan oleh YN Datuk Amar Dogulas Unggah Embas iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Masyarakat Wilayah, Sarawak. Majlis yang tutut dihadiri oleh Dato Nogen ak Gumbek iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Datuk Sahsul Bahari iaitu Pengerusi LPNM Malaysia. Kenamaan lain adalah Setuaisaha Tetap MANRED, TKSU (D), YB Beting Maro, Ketua Pengarah LPNM dan ramai lagi. Majlis ini dihadiri juga oleh Residen Samarahan, Residen Kuching, Ketua-ketua Jabatan serta ramai ketua-ketua masyarakat dan juga penduduk tempatan. Kawasan perasmian berada ditengah-tengah kawasan tanah berbukit seluas 52 hektar (130 ekar) dengan keadaan mukabumi yang berbukit dan curam berhampiran dengan sempadan Indonesia. Kawasan seluas 4 hektar hampir siap ditanam dengan lebih 100,000 benih nanas varieti MD2 menggunakan sulur nanas tulin yang dibawa masuk daripada Projek Taman Pertanian Moden, Kluang, Johor.  Kebun milik 3 pengusaha nanas diketuai oleh Encik David ini dijangka akan menghasilkan buah pada Febuari 2019 dan mengeluarkan benih MD2 pada Jun 2019. Kebun ini masih lagi luas untuk dimajukan dengan tanaman nanas memandangkan ia merupakan tanah baru yang subur dan sesuai untuk tanaman nanas. Pada masa ini seluas 13,148 hektar tanaman nanas dimajukan diseluruh negara dengan Sarawak menanam 972 hektar (iaitu pada kedudukan ke 3 selepas Negeri Johor dan Sabah). Pada tahun lepas sebanyak 391,714 metrik tan nanas dikeluarkan dengan nilai pengeluaran RM515.2 juta. Penanaman nanas MD2 di Sarawak ini bakal menjadikan Sarawak akan mungin menjadi hub baru pengeluaran nanas premium dimasa akan datang untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelancaran program dicetuskan LPNM mengenai penanaman nanas premium MD2 di Sarawak.


Akktiviti penanaman nanas di Sarawak dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan pengusaha daripada RM1,500 dengan varieti sedia ada (Morris, N36, Josapine dan lain-lain) kepada sebanyak RM5,000 dengan nanas MD2 dimasa akan datang. Pada masa ini seramai 665 orang pengusaha nanas di Sarawak akan ditambah kepada seramai 1,300 orang menjelang 2020 dengan keluasan penanaman sekitar 3,500 hektar untuk nanas MD2. Penulis dapati kawasan di Kg Padang Pan ini mempunyai potensi baik untuk dibangunkan tanaman nanas dan konsep Agrotourism kerana lokasi bersebelahan dengan pusat pasar di Pekan Serikin (Sila lihat fotoo disebelah). Serikin kini amat terkenal dikalangan penduduk tempatan dan pelancong sebagai pusat jualan produk-produk kampong daripada Indonesia yang menerima kunjungan beribu pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Lokasi ini hanya 7 km dari simpang ke Serikin dan mungkin jualan serta beberapa aktiviti berkaitan penanaman nanas dan memproses nanas dapat dijalankan untuk menarik pelancong. Keadaan berbukit yang menarik ini dengan latar belakang gunung dan awam amat menarik perhatian dan sungguh cantik. Penduduk tempatan disekitarnya dijangka akan menikmati program penanaman nanas komersil ini dan ia memberikan impak baru di sekitarnya.


Pengerusi LPNM dalam ucapan aluannya menyatakan dimana menjelang 2020 Sarawak akan menjadi hub baru untuk pengeluaran dan pemasaran nanas premium terutama pasaran eksport ke China. Kedudukkan geographi Sarawak yang lebih dekat dengan China dimana ini membolehkan kelebihan berbanding dengan Semenanjung Malaysia apa lagi negara yang lain yang membawa nanas masuk ke China seperti Costa Rica.  Negera China memerlukan sebanyak 100 kontena sebulan atau 1,200 kontena setahun nanas MD2 dari Malaysia selepas protokol untuk pengeksportan nanas Malaysia dengan China ditandatangani pada 13 Mei 2017. Pada masa sama kini hanya kurang dari 5% sahaja berjaya penghantaran nanas ini kenegara tersebut kerana pengeluaran masih perlu untuk ditingkatkan. Nanas dari Sarawak perlukan masa 5-6 hari sahaja untuk tiba ke negara China berbanding daripada Semananjung sekitar 10 - 11 hari lamanya. Peruntukkan sebanyak RM6.5 juta juga telah diperuntukkan pada tahun 2018 oleh LPNM untuk pembangunan nanas di Sarawak iaitu 22% daripada keseluruhan jumlah keseluruhan LPNM.  Bantuan nanan sebanyak RM2,250 sehektar disediakan bagi program penanaman semula nanas (pekebun yang telah menanam nanas) dan sebanyak RM5,000 sehektar bagi program tanaman baru. Sebuah pejabat baru LPNM akan dirancang untuk dibangunkan di Sarawak di sekitar Bahagian Samarahan bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan. 


Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam ucapannya mengucapkan terimakasih kepada LPNM yang bersama kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan nanas. Menurutnya kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa yang menggabungkan semua Jabatan dan Agensi yang terlibat dengan sektor pertanian untuk membangun dan memodenkan sektor pertanian di Sarawak. Beliau ucapkan terimakasih kepada LPNM yang memberikan komitment untuk membangunkan industri nanas di Sarawak terutama dengan kemasukan pertama benih tulin MD2 yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Katanya hanya dengan benih berkualiti akan membolehkan pengusha di Sarawak akan mampu menghasilkan nanas untuk dieksport dimasa akan datang. Pada masa dulu proses kemasukan benih sulur nanas ke negari ini agak sukar dengan sekatan kuarantin dan dimasa akan datang lebih banyak benih diperlukan. Bagaimana pun semua benih sulur yang dibawa masuk kali ini mengikuti spesifikasi kuarantin dan 100% berkualiti apabila ia diletakkan didalam bakul khas bagi elakkan kerosakkan. Kerajaan negeri juga kini telah merancang memperluaskan tanaman buah-buahan termasuk buah nanas didalam zon pengeluaran yang dikhaskan. Kerajaan Negeri juga dakwanya telah memperuntukkan bajet sekitar RM10 juta untuk pembangunan kawasan di Beladin yang rata dan sesuai untuk tanaman nanas. Pembangunan pertanian di Sarawak akan dimajukan lagi dengan penggunaan 'drone' dimasa akan datang seperti diladang nanas. Beliau juga memberitahu dimana satu kerjasama dengan Syarikat Top Fruit dari Batu Pahat yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam Usaha mengeskport buah-buahan termasuk Durian Musang King dan Nanas MD2 (setahun lalu) sebagai rakan strategik. Cara begini membolehkan rantaian nilai penanaman buah-buahan akan dapat ditingkatkan dimasa akan datang. Semuga artikel pagi ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
NANAS MAD 2... DISARAWAK KINI ADA...
KG PADANG PAN, BAU... IA BERMULA...
TIMBALAN MENTERI... RASMIKAN DIA...
PERINTIS PROJEK... PASTIKAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Pan, Bau,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(14 Januari 2018). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...