Support My Blog

Thursday, March 8, 2018

JUS AIR JAGUNG SUSU - ENAKNYA

JUS AIR JAGUNG MANIS (Sweetcorn Juice) kini adalah merupakan satu produk minuman yang telah muia popular di negara kita. Jagung Manis (Zea mays) merupakan tanaman yang semakin dijadikan sumber pendapatan yang amat baik kepada petani di Malaysia. Jagung Manis lazimnya dijual segar di pasar malam, pasar tani, pasar biasa dan dimakan dengan cara merebusnya, dikukus atau pun dijadikan jagung bakar. Kalau anda berkunjung ke kompleks membeli belah pula atau RnR Lebuhraya PLUS sering melihat gerai 'Cup Corn' juga menggunakan jagung manis yang dipelopori oleh syarikat  DAIRY'S dan NELSON. Anda boleh lagi membaca keterangan industri jagung cawan ini dalam blog ini dengan membuat pautan disini (Silk klik disini). Nelson's Franchise (M) Sdn. Bhd. yang dulunya syarikat ini dikenali sebagai KTT Product Corporation Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan jenama Nelson's yang menjual jagung manis dalam cawan. Ini kerana sehingga kini, syarikat yang beribu pejabat di Shah Alam itu memiliki lebih 122 cawangan di seluruh negara. Ia terdiri daripada 20 cawangan francaisi tempatan dan 3 francaisi di luar negara iaitu Brunei (2), Arab Saudi (50), Kuwait (40), Indonesia (15) dan selebihnya dimiliki sepenuhnya oleh KTT Product Corporation Sdn. Bhd. sendiri. Paling istimewa, Nelson's juga memiliki dua buah kilang pemprosesan jagung di Perak dan Kota Kinabalu yang juga mengeksport jagung manis ke semua kedai francaisnya di luar negara. Bagaimana pun kini penulis blog ingin berkongsi maklumat mengenai produk jus air jagung susu berasaskan kepada jagung terutama jagung manis yang juga boleh dikomersilkan. Artikel subuh ini saya menulis dan mengupas potensi air jagung susu dalam "Anim Agro Technology" untuk air jagung manis yang enak bagi rujukan anda semua.


Hidangan minuman berkhasiat daripada buah-buahan dan sayuran kini menjadi satu trend kepada ramai orang. Kini sebut sahaja minuman Air Tembikai, Air Kelapa, Air Fresh Orange, Air Buah Belimbing, Air Carrot, Jus Nanas, Jus apple, Jus Mangga dimana ia kini sudah menjadi kebiasaan sama ada dibeli di Kompleks Perniagaan, Hotel, Pasar Malam, Pasar Tani dan pelbagai lagi premis. selain daripada bahan minuman ini enak dan dijual dengan harga berpatutan ianya juga dianggap sebagai minuman berkhasiat. Kini Jus Air Jagung telah dijadikan satu lagi minuman yang telah mula dikomersilkan dan boleh dijadikan satu perniagaan kepada golongan muda terutamanya. Jagung Manis segar atau jagung agung manis yang telah direbus dahulu amat mudah dijadikan minuman enak ini dengan mencampurkan susu dan bahan lain seperti gula dan lime. Berdasarkan kepada penelitian penulis mendapati air jus jagung yang dicampur dengan susu dan air batu (ice) mampu menghilangkan dahaga dan juga tenaga. Penyediaan air jagung manis yang original menggunakan jagung manis segar lazimnya lebih enak dan segar berbanding dengan jus air jagung yang menggunakan Pekatan Jus Jagung (sama ada yang asli atau yang dihasilkan melalui formulasi). Terdapat juga produk pekatan air jagung yang digunakan untuk dijadikan jus air jagung. Berkemungkinan ramai orang yang tidak mengetahui bahan yang digunakan untuk jualan air jagung manis sama ada dari jagung segar atau pun bahan mentah sejukbeku.


Pada penulis blog, cara membuat Jus Jagung Manis Susu yang menyihatkan adalah enak dan sihat mudah dilakukan.  Jika kepasar tani membeli jagung manis boleh dilebihkan untuk dijadikan jus dan makan segar. Jika jagung manis yang direbus tidak habis dimakam maka ia sesuai djadikan jus minuman air jagung (Sila lihat foto disebelah). Jagung manis yang masih elok ini lebih baik jika dibuat menjadi sebuah minuman yang segar dan sihat dan enak nikmatnya. Selain cepat disediakan, ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Apa  yang penting adalah proses menyedianan bahan jagung manis terlebih dahulu. Jagung manis mentah perlu direbus dahulu supaya minuman ini tidak memiliki aroma yang kurang sedap. Jus air jagung segar ini memang sangat jarang dijumpai kalau anda tidak mahu membuatnya sendiri sebab jus jagung memang sebaiknya diminum segar. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 3 tongkol jagung manis segar yang masih mentah, 150 ml air yang bersih, gula pasir dapat disesuaikan dengan selera,  susu putih cair sebanyak 400 ml, air batu secukupnya dan juga setengah sudu serbuk vanila. Jagung manis dikupas kulitnya dulu sebelum dibersihkan dari bahagian rambutnya. Ia kemudian disisir halus biji jagung dengan pisau sampai selesai dan masukkan jagung kedalam pengisar (blender) dimana ia kemudian dituang air kedalamnya. Kisar biji jagung dengan kecepatan tinggi sehingga jagung memiliki tekstur yang halus. Kemudian dituangkan kedalam bekas untuk ianya ditapis dengan kain dan diperahkan supaya terpisah antara hampas jagung dengan air. Ia kemudian dituang air atau isi jagung kedalan mangkuk dan masukkan juga susu cair kedalamnya. Seterusnya dimasukkan gula pasir dan bahan perasa vanilla dan direbus diatas api sederhana. Sebaiknya dimasak dan dikacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian di tutp api dan biarkan ia sejuk sebelum dimasukan dalam jug atau bekas minuman. Bagi menambah keenakan minuman air jagung ini boleh dimasukkan air batu dengan jumlah yang sesuai. Minuman ini boleh dihidangkan atau disimpan dalam peti sejuk jika berlebihan.

 

Resepi rahsia, air jagung ‘ketagih’ membawa 
hasil RM1,500 sehari
Testimoni Akhbar : THE MALAY MAIL
Sunday February 26, 2017


ALOR SETAR, 26 Feb - Walaupun nama yang diberikan agak pelik, namun “air jagung ketagih” yang diformulasikan dua rakan karib yang berkelulusan kejuruteraan kini kian mendapat sambutan di sekitar sini. Adnan Hafif Samsudin (kiri) melayan pelanggan yang membeli air jagung di Rumah AOR, Alor Setar (Sila lihat foto diatas)Minuman ini adalah hasil idea Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, yang merupakan pemegang ijazah kejuruteraan pembuatan dan Adnan Hafif Samsudin, 27, yang mempunyai ijazah kejuruteraan am, masing-masing dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL). “Air jagung ini adalah resepi rahsia kami bagi memberi kelainan dari air jagung di tempat lain walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu pes jagung, kordial jagung dan susu pekat," kata Adnan Hafif ketika dikunjungi Bernama di gerai mereka di Jalan Stadium. Mengenai sambutannya, beliau berkata dianggarkan antara 300 dan 400 cawan dapat dijual sehari dengan pulangan antara RM1,000 hingga RM1,500. Secawan air sederhana dan besar dijual antara RM2.50 hingga RM5.50 beserta isi jagung. “Sambutan orang ramai membuatkan saya tidak lagi kisah dengan status kelulusan saya walaupun sekadar menjual air jagung,” katanya. Sementara itu Mohd Farizual Aiman berkata mereka merancang untuk membuka cawangan ketiga di Jitra selepas di Jalan Stadium dan Taman Aman. “Jualan air jagung ketagih kami mula menjadi fenomena baharu apabila turut menjadi ikutan ramai peniaga yang mula menjual air jagung di tepi-tepi jalan,” tambahnya. Belau berkata usaha mempromosikan air jagung mereka turut dibuat melalui  risalah dan Facebook hingga terdapat pembeli dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mencari gerai mereka apabila berada di Alor Setar. Seorang pembeli Sabariah Saad, 55, berkata air jagung tersebut mempunyai rasa segar dan sedap. “Saya singgah dengan suami kerana ingin merasai sendiri keistimewaan air jagung ini dan terbukti ia lebih sedap dan memberi kepuasan,” katanya. Bernama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

AIR JAGUNG MANIS...ADUH ENAKNYA...
JAGUNG SEGAR.. DIPROSES SEGERA...
CAMPUR GULA, SUSU...DAN VANILLA...
TAMBAH AIS.. DIMINUM DENGAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 708, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP, Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...