Support My Blog

Monday, May 21, 2018

TENUSU - ECO YAP DI KENINGAU

PROJEK TERNAKAN TENUSU (Dairy Project) di Ladang ECO YAP di Keningau merupakan satu projek EPP yang berjaya di Negeri Sabah sehingga diistihar oleh Perdana Menteri pada 7 Mei 2018 sebagai pengeluar susu segar terbesar di Malaysia. Penulis blog sempat membuat tinjauan keladang ini disambut oleh pemiliknya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan seterusnya membawa ke Keningau, Sabah. Dalam perjalanan selama 2.5 jam ini pemilik ladang banyak bercerita bagaimana beliau yang bermula dengan 2 ekor lembu pada tahun 1982 kini berjaya mempunyai lebih dari 5 ekor lembu tenusu diladangnya yang terletak di Kg Asip Lama, sekitar 15 km dari bandar Keningau. Ladang tenusu ini diantara ladang termoden di Malaysia dengan berkonsepkan projek mesra alam sekitar dimana aspek teknologi moden digunapakai diladang ini. Pada penulis blog yang dibawa sendiri oleh Datuk Yap bertujuan untuk melihat industri tenusu, pembuatan baja kompos, projek tanaman nanas, penanaman rumput napier, tanaman buluh rebong , ternakan burung unta, ternakan tilapia dalam kolam konkrit, ternakan burung walet dan ternakan rusa amat berbaloi. Apa tidaknya dalam masa 2 hari dibawa meninjau keseluruhan aktiviti pertanian yang berskala komersil. Kepada sesiapa yang berkunjung ke ladang ternakan dan tenusu kepunyaan Yap Yun Fook di Keningau akan mungkin pada mulanya agak kecewa bila mereka tidak dapat melihat apa-apa aktiviti penternakan di situ. Mereka akan hanya melihat sebuah banglo yang tersergam indah dan besar milik Yap. Apa pun hanya selepas melewati banglo ini, barulah para pelawat akan menjumpai tanda-tanda aktiviti penternakan dan tenusu seperti sebuah rumah penyembelihan serta sebuah lagi infra kemudahan memproses makanan ternakan. Ladang ternak serta tenusu yang seluas 40 hektar itu terletak di Kampung Ansip Lama, sejauh 15 km dari sini. Ia merupakan antara ladang seumpama itu yang terbesar di negara ini. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya berkongsi maklumat mengena aktiviti pengeluaran susu segar yang berkualiti di Sabah untuk dijadikan bahan bacaan.


Melihat kepada produk susu segar keluaran ladang ini mengingatkan saya kepada ladang yang sama saya tinjau di Bandar Muazam, Pahang awal tahun ini, Susu Segar dari ladang ini dijenamakan sebegai ''Fresh Milk'' Eco-Yap dengan ada goto seekor lembu dan jika diteliti rupnya corak pada lembu Freshian-Sahiwal ditengah-tengah badannya adalah peta Negeri Sabah (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini biasanya susu segar dari adang ini setelah melalui proses pasteurised akan tahan selama 30 hari dalam simpanan sejuk tetapi syarikat ini meletakkan selama 15 hari sahaja untuk tamat tempoh. Susu segar ini dibungkus dalam 2 jenis kotak iaitu bungkusan 35o liter dan juga kotak 1 liter. Penulis bersama rombonga dan pemilik ladang menikmati susu segar dari ladang ini sebanyak 5 kotak semasa taklimat diberikan oleh Datuk Yap. Katanya susu segar dari ladangnya adalah susu yang kaya dengan zat seperti protin, lemak dan sebagainya. Dia memberitahu agar jangan minum susu segar ''Low Fat'' kerana semua zat-zat penting didalam susu tersebut telah dikeluarkan dan ianya hanya air susu semata-mata. Bahagian lemak dalam susu segar asalnya telah dikeluarkan untuk diproses menjadi pelbagai produk lain seperti Keju. Masyarakat umum tidak mengenatui bahawa meminum susu segar adalah terbaik untuk kesihatan tubuh terutama untuk pembinaan tulang dan pelbagai kesihatan utama yang lain. Pada masa ini selain di Sabah, susu segar dari ladang ini uga ada dihantar ke Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia.


Seterusnya semasa tinjauan ladang dimana pada ketika ini ladang ternakan kepunyaan Yap mempunyai 1,600 ekor lembu sedang mengeluarkan susu segar sehingga satu juta liter susu lembu setahun atau 11 peratus daripada pengeluaran susu lembu segar Sabah. Peladang jutawan ini juga mempunyai 600 ekor rusa serta 200 ekor burung unta yang diternak di sebuah ladang yang lain yang turut juga didiami ibu bapa beliau. Dinamakan sebagai LADANG TERNAKAN EVERGREEN membutkan beliau usahawan amat berjaya di Negeri Ini. Kejayaan Datuk Yap didalam industri ternakan dan tenusu bukan hanya diketahui di Sabah malah di seluruh negara di mana beliau telah menerima penghargaan seperti dalam bentuk Anugerah Cemerlang Pembangunan Industri Ternak Malaysia. Di Ladang beliau yang dikenali sebagai Ladang Ternakan Evergreen juga telah menerima penghargaan industri tersebut dalam bidang ternakan lembu tenusu. Apa yang penting adalah sumber makanan rumput napier segar yang subur (Sila lihat foto disebelah). Penulis bersama Datuk Yap melihat kesuburan tanaman rumput napier diladang ini, Kini ladang itu memberi latihan praktikal kepad a mahasiswa dari universiti tempatan.Meskipun beliau yang bersikap sederhana dan tidak suka membanggakan dirinya, Datuk Yap turut mengakui yang beliau merancang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran dunia. Bagi Datuk Yap, yang fasih dalam bahasa Melayu dimana beliau telah membawa penulis ini mengunjungi projek kesayangan beliau yang bernilai jutaan ringgit.

Tapak projek ini terletak di atas puncak bukit yang indah dan kini mempunyai keluasan 110 hektar. Antara yang dibina untuk projek ini ialah sebuah bangunan bertaraf antarabangsa untuk tujuan asas pemprosesan dan penyimpanan bahan makanan ternakan serta sebaris rumah teres yang dikhaskan sebagai penginapan untuk pekerja beliau. Pembinaan bangunan serta rumah-rumah tersebut telah siap digunakan. Mengikut pemilik ladang tapak projek itu hanya terletak enam km dari banglo miliknya dan juga akan mempunyai 10 jenis kemudahan untuk ternakan lembu serta pemerahan susu lembu (Sila lihat foto disebelah). Semua kemudahan tersebut telah beroperasi dengan sepenuhnya dimana ladang ini berjaya mengeluarkan 600,000 liter susu segar sebulan iaitu sekitar 60 peratus daripada pengeluaran susu segar Sabah. Ia merupakan pelaburan saya yang terbesar dan harapannya ianya juga akan menjadi satu sumbangan yang bermakna untuk mengembangkan lagi industri perladangan ternakan dan tenusu negara. Datuk Yap berusia 43 tahun yang turut melibatkan diri dalam perladangan kelapa sawit dan pokok buah-buahan serta penanaman padi. Beliau juga begitu ghairah bila menceritakan bagaimana mulanya cara penglibatan beliau dalam bidang ternakan. Minatnya muncul ketika beliau masih di alam kanak-kanak. Dakwanya ibu bapa saya orang miskin. Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpaksa berenang merentasi Sungai Pegalan untuk ke sekolah kerana perkhidmatan feri terletak jauh dari rumah. Menceritakan lanjut kadangkala dia menaiki basikal akan tapi pada kebanyakan masanya hanya mampu untuk berjalan kaki ke sekolah. Bagi mendapatkan wang saku beliau mengambil upah mencari lembu kerbau kepunyaan penduduk kampung yang telah merayau ke sana-sini, cerita Yap. Lama kelamaan beliau menjadi “pakar” menangkap lembu atau kerbau yang hidup meliar tanpa tuan. Sabah merupakan pengeluar utama susu segar tempatan dengan pengeluaran mencecah 7.8 liter juta setahun. Sebahagian darinya disumbangkan oleh ladang tenusu ini. Semuga tulisan saya memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PENGELUAR SUSU LEMBU...LAMANYA...
ADA RIBU EKOR LEMBU... JUTA LITERNYA...
SUSU BERKUALITI...LUAS EDARANNYA...
ECO-YAP KENINGAU SABAH...LOKASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Eco-Yap, Kg Ansip Lama,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(26 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...