Support My Blog

Wednesday, May 15, 2024

KOSTING TANAM DURIAN MUSANG KING 2023

KOSTING TANAMAN DURIAN MUSANG KING (Durio zibethinus) dengan nombor daftar D197 kini boleh di jadikan garispanduan kepada ramai pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan durian paling viral di Malaysia. Tanaman Durian di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 87,365 hektar dengan hasil sebanyak  4715672 metrik tan. Tanaman durian paling luas adalah di tanam di Johor (19,979 ha) diikuti dengan Pahang (15,894 ha) dan Kelantan 10,556 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk jenis pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport  (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja, hormon  dan sebagainya mulai meningkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Betik semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


DURIAN MUSANG KING atau Varieti Durian Raja Kunyit (Durio ziberthinus Linn.) atau juga dipanggil Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Durian ini merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , Kelantan pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal durian ini adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Durian ini mendapat permintaan yang tinggi untuk penanaman semenjak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Pada masa ini kawasan di Bentong , Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama durian ini dengan jenama 'Durian Musang King'. Harga durian ini merupakan antara varieti yang paling mahal dan stabil sepanjang tahun. Penulis dapati pada purata harga durian Musang King diantara RM 15.00 - RM30.00 sekilogram yang dijual digerai tepi jalan sekitar Raub dan Bentong. Berbanding dengan durian D24 dan D168 purata harga varieti durian tersebut adalah sekitar RM2.50 - RM5.00 sekilogram sahaja.


KOSTING TANAMAN DURIAN (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : DURIAN (Durio zibethinus)

2. Varieti Premium  : Musang King (D197)

3. Jarak Tanaman   : 9.0 m x 9.0 m 

4. Kepadatan pokok: 123 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 25 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

7. Potensi Kutipan Hasil           :  376,380 kg/ha 

8. Purata bil. buah sepokok      :  10 - 120 biji

9. Anggarah Berat sebiji            :  1.5 kg

10. Purata Harga (RM/kg)         :  RM30.00

11. Pendapatan Kasar                :   RM 11,291,400.00

12. Angaran Pendapatan Bersih :  RM  10,575,760.00 


ALIRAN WANG KELUAR ( 25 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan   : RM 33,170

12. Kos Bahan Input               : RM 244,373

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 360,000

14. Kos Pelbagai                    : RM   40,312

15. Kos luarjangka (10%)       : RM   67,785

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 745,640


ANALISA KEWANGAN DURIAN PREMIUM (25 tahun):

16. iRR (Internal rate of Return)   : 58%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 2,384,576

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 15.14

(Bermakna setiap RM1 berikan RM 15.14)

19. Titik Pulang Modal Musang King : RM 1.98 

20. Tempoh Pulang Modal                 : Tahun ke 6


Dalam akhbar hmetro.com dilaporkan bagaimana industri 'Musang King yang 'lahir' di Malaysia mahal ada banyak sebab' wajar dikongsikan. Kenyataan viral yang berkaitan dengan durian ini adalahh 'Ia lahir di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia akan tetapi harga 'Yahudi' (harga mahal)'. Itu kritikan peminat atau penggemar durian jenis D197 atau lebih popular sebagai Musang King yang mempertikaikan harga buah tempatan itu yang terlalu mahal. Harga buah berkenaan dijual di pasaran antara RM40 hingga RM80 satu kilogram (kg) bergantung kepada gred. Bagi Md Mujahit Rahmat (53) iaitu seorang pengusaha Dusun Tok Bak di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru mendakwa dimana harga Musang King mahal disebabkan penjagaannya yang rumit dan namanya yang sudah komersial. Dia tahu kritikan berkenaan (harga mahal) namun tidak ambil pusing perkara itu. Penjagaannya terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil diman ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Oleh kerana itu maka pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting. Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun dalam cuaca terkini yang tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal . Perkara itu turut diakui rakannya iaitu Mohd Nor Hisham yang kini ada juga mengusahakan kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan. Jika hendak dibanding dengan jenis durian lain, Musang King lebih sukar ditanam kerana pekebun perlu memastikan baja digunakan bersesuaian dan pengairan cukup serta tidak berlebihan untuk kesuburan pokok. Ia belum termasuk kos perlu dibelanjakan untuk membeli racun dan memagar kawasan tanaman bagi mengelaknya diserang haiwan seperti monyet atau babi hutan. Sejak popular di Malaysia dimana selalunya permintaan Musang King memang tinggi kerana namanya juga sudah popular dalam kalangan penggemar durian. Disebabkan itu juga maka harganya sedikit mahal tetapi cara penjagaannya juga rumit kerana memerlukan perhatian berikutan sifat pokok berkenaan yang 'manja' dan memerlukan 'kasih sayang'. Selalunya pokoknya memerlukan air yang banyak pada musim kemarau dan baja organik sesuai untuk kesuburannya. Ini kerana jika tidak subur, pokok itu lambat berbuah dan berkemungkinan mati. Bakal penanam durian ini perlu tahu dimana kos penanaman pokok Musang King memerlukan belanja besar dan lebih sukar jika pekebun menanamnya dari kecil. Ini kerana sejak di peringkat anak beni yang baru di tanam dimana penjagaannya sudah remeh dan disebabkan itu patut harganya mahal kerana agak lama bagi mendapatkan hasil buah durian Musang King iaitu tahun ke 4 baru belajr berbuah. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk tanaman membesar menjadi pokok penanti sebelum 'dikahwinkan' dengan jenis durian dimahukan. Dalam pada itu proses penjagaan di nurseri agak mudah kerana pokok di dalam 'polibag' dan masih bersaiz kecil jadi hanya perlu diletakkan baja organik serta disiram setiap hari. Berbeza buat pekebun durian lain kerana cabaran dihadapi mereka bergantung kepada saiz kerana pokok setinggi 0.3 meter lebih sukar (dijaga) berbanding lebih besar dan tanaman itu perlu mengambil kira faktor tanah, air dan sukatan baja. 
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
MUSANG KING...RAMAI SUKA MAKAN...
MENANAM POKOK...RUMIT PENJGAAN...
HARGANYA MAHAL...IA DIJANGKAKAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1445H).

Tuesday, May 14, 2024

BUAH MENGKUDU DAN FAKTA DI MEDIA

BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia) merupakan sejenis buah yang didakwa bukan buah sebarangan oleh banyak pakar makanan apabila ia pernah menjadi topik hangat beberapa tahun dulu diseluruh dunia bertujuan usaha untuk mengatasi masaalah kanser. Pernah jus mengkudu menjadi produk minuman yang dijual dengan harga cukup tinggi atau mahal semasa kemuncak promosi jus dari buah mengkudu ini sedang digilai ramai pengguna. Maka ramai pula petani yang tergila-gila menanam pokok mengkudu di Malaysia waktu itu (sekitar tahun 1998 - 2000) dimana penulis blog selaku Pegawai Pertanai i beberpa daerah di Johor turut memberikan bantuan dan khdmat nasehat teknikal kepada petani yang menanam pokok mengkudu. Memang mudah untuk menanam pokok mengkudu kerana ia merupakan pokok yang tahan lasak dan boleh dikatakan tiada serangga perosak dan juga serangan penyakit yang perlu dihadapi. Bagaimana pun apabila sudah banyak buah yang dihasilkan dilaporkan 'tiada' pembeli pula atau harga ditawarkan pemborong adalah rendah menjadikan ramai petani membiarkannya sahaja. Penulis blog melihat pulohan ekar kebun mengkudu ditanam di Johor iaitu di Mersing dan Segamat waktu itu dibiarkan begitu sahaja dan ramai menebangnya kemudian. Penulis blog juga ada menulis beberapa artikel mengenai pokok dan buah mengkudu dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Bagaimana pun pada tahun 2024 ini pokok dan buah termasuk produk jus mengkudu sudah sangat kurang dibicarakan dikalangan pengguna. Ada beberapa kisah mengenai buah ini yang masih dipaparkan dalam portal berita tempatan dimana jus mengkudu digunakan dalam usaha untuk elakkan daripada serangan virus covid19. Apa pun memang ada banyak laporan menyatakan dimana buah mengkudu juga elok dijadikan jus untuk dimanfaatkan. Ia didakwa selain dapat menjana tenaga bagi tubuh badan, dimana bahan serat (polisakaride) dan protein yang ada terkandung di dalam buah mengkudu juga berfungsi sebagai sebatian yang berupaya mengawal penyakit kencing manis. Apa pun dalam blog "Anim Agro Technology" pada pagi Isnin ini sambil menghadap alunan obak Laut Cina Selatan dari Bidong Villa Resort, Batu Rakit, Terengganu saya menulis beberapa fakta di media mengenai buah mengkudu dan kehebatan khasiat mengkudu untuk dijadikan bahan rujukkan oleh pembaca blog ini semua.
Merujuk kepada laporan kajian oleh para saintis di UPM yang bertajuk '
Daun Mengkudu dan Teh Bantu Menghindar Risiko Patah Tulang (Kehilangan Tulang) Selepas Menopaus' memang menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana dengan pengambilan daun mengkudu dan teh hitam yang tinggi kandungan flavonoid serta polifenol tertentu dapat mengurangkan risiko kejadian patah tulang pada wanita yang lanjut usia. Penggunaan teh hitam serta daun mengkudu didapati dapat meningkatkan hormon estradiol dalam darah dan menghalang kehilangan ketumpatan tulang dalam tikus yang telah dibuang ovari. Apa pun kekuatan tulang bergantung pada keseimbangan antara penyerapan tulang oleh osteoklast (sel penghakis tulang) dan pembentukan tulang oleh osteoblast (sel pembina tulang). Dengan peningkatan usia, penyakit atau gaya hidup kurang aktif, keseimbangan ini mengarah lebih kepada kehilangan tulang daripada pembinaan tulang, mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang. Proses  Osteoporosis adalah keadaan di mana ketumpatan zat galian tulang (Bone Mineral Density BMD) jauh di bawah paras minima untuk wanita muda normal. Masaalah Osteoporosis menyebabkan lebih 9 juta keretakan tulang setiap tahun, dan menjejaskan lebih daripada 200 juta wanita di seluruh dunia (kira-kira 10% berumur 60, 20% berumur 70, 40% berumur 80 dan 70% berumur 90 tahun). Osteoporosis meningkatkan risiko keretakan tulang dan kecederaan fizikal. Aktiviti fizikal dan pengambilan makanan yang sihat (termasuk kalsium dan vitamin) membantu menghalang osteoporosis. Makanan yang membantu pembentukan tulang dapat mencegah berlakunya osteoporosis. UPM membandingkan keberkesanan dan mekanisma ekstrak daun Mengkudu (Morinda citrifolia), teh hitam dan Black cohosh (Remifemin) terhadap pebinaan tulang dalam model tikus osteoporosis yang kekurangan estrogen. UPMM mendapati daun Mengkudu dan ekstrak teh hitam menggalakkan pertumbuhan tulang di tikus ovariektomi (dibuang ovari). Kajian selama empat bulan menunjukkan pertumbuhan tulang ada kaitan dengan dos yang digunakan. Ekstrak daun mengkudu yang kaya dengan katekin menunjukkan pertumbuhan semula tulang dengan jelas melalui peningkatan (i) saiz dan struktur tulang, (ii) sifat mekanikal tulang (kekuatan dan kelenturan), dan (iii) kandungan zat galian dan ketumpatan tulang. Mekanisme terperinci menunjukan ekstrak daun mengkudu meningkatkan pertumbuhan tulang dan menghindar kehilangan tulang dengan (i) meningkatkan pembiakan dan jangka-hayat kehidupan sel osteoblast, (ii) menghalang pembiakan dan aktiviti osteoklast, (iii) mengurankan keradangan, (iv) meningkatkan sintesis kolagen tulang dan (v) mengimbangi ungkapan ESR1 (estrogen reseptor 1) untuk menaikan keberkesanan fytoestrogen. Isu kekurangan estrogen sering menyebabkan peningkatan berat badan dan kandungan lemak badan, bersama-sama dengan penurunan berat tulang. Ekstrak daun Mengkudu dapat mengurangkan peningkatan berat badan yang disebabkan oleh kekurangan estrogen. Ketumpatan tulang femur yang dipertingkatkan oleh ekstrak daun Mengkudu dan teh Hitam menunjukkan pertumbuhan semula tulang yang aktif mengatasi tikus kawalan yang sihat (Sham). Keputusan ini menunjukkan potensi manfaat memakan daun Mengkudu dan teh hitam untuk wanita tua satelah menopaus. Mengkudu (Morinda citrifolia L.) secara tradisinya digunakan sebagai ubat tulang yang retak atau patah, luka, lebam dan masalah kesihatan yang lain. Ekstrak buah Mengkudu dilaporkan meningkatkan aktiviti osteoblast, penambahan zat galian tulang dan merencatkan aktiviti osteoklast. Bagaimanapun pengambilan ekstrak buah Mengkudu yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati. Ekstrak air daun Mengkudu (atau sebagai sayuran) menggalakkan pembentukan tulang dan matriks zat galian dalam sel ligamen gigi manusia. Selain itu, daun Mengkudu dilaporkan selamat dengan manfaat ubatan dan kesihatan seperti kesan antikanser, anti-bakteria, anti-radang, pengurang kesakitan, bantu menurunkan tekanan darah yang tinggi, serta meningkatkan daya sistem imun badan. Apa pun dilaporkan kekurangan estrogen akan menurunkan keanjalan femur (berbanding makhluk yang sihat) dan kekuatan tulang. Ekstrak air daun Mengkudu dapat membantu meningkatkan kekuatan tulang, kelenturan tulang serta memberi kesannya yang baik terhadap sifat mekanikal tulang.


Dalam portal berita sinarharian.com pula media laporkan dimana '
Mengkudu bukan buah sebarangan walau pun ia masih Kurang dikomersialkan, ramai tidak tahu buah ini mengandungi banyak khasiat' sesuai di tulis semula. Dilaporkan dimana walau pun buah ini dilihat penampilannya pada penulis blog ia kurang 'menggoda', ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin kita tidak pernah tahu. Jika di kampung-kampung selalunya buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Apa pun mungkin juga buah hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian dek mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya, hanya segelintir daripada kita memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil.  Namun tahukah anda, masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan ini bagi tujuan untuk mendapatkan 1,001 manfaatnya. Pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Ia bermula pada tahun 2008, FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 FRIM berjaya menyelidiki potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek iaitu Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior dimana hasil kajian oleh team yang dijalankan mendapati kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu. Semasa ujian didapati sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain. Sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol. Juga didapati juga buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Melalui ujian renang paksa atau force swim test, tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan. Susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah, pihaknya mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition. Apa pun kemudian hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Jenis sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara, Adalah disarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar. Kini disebabkan oleh isu rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan maka diisyorkan agar jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan. Bagaimana pun perlu berjaga-jaga sebab di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein, buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan. Walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut, tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi dimana awasadan disarankan penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. FRIM laporkan antara 10 jenis anfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik termasuk merawat artritis, menurunkan risiko gout, membantu meningkatkan tenaga, jaga kelembapkan kulit, melawan isu penuaan, merawat kerengsaan kulit kepala,mengelakkan kes kanser, meningkatkan kekebalan jangkitan, mengurangkan stres serta mampu merawat demam. Jus mengkudu memang ia mempunyai bau tengit dimana mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa sesuai memudahkan ia untuk diminum.


Dalam portal mingguanwanita.my ada dilaporkan dimana '
Pati Mengkudu Minuman Rahsia Kulit Mulus Dan Atasi Darah Tinggi, Satu Lagi Petua Jimat Duit Dari Beli Vitamin' amat menarik untuk ditulis semula. Buah mengkudu ini sejenis tanaman liar yang banyak manfaatnya. Tapi tak ramai yang explore kebaikannya. Buah ini juga dikenali dengan nama Noni. Buah yang ranum sedikit menyengat baunya. Jus ini disediakan mudah sahaja dengan sediakan bahan-bahan iaitu buah mengkudu dan air sahaja.  Caranya pertama muci bersih buah mengkudu dan kemuidan perlu di cincang kisar buahnya. Seterusnya buah ini dikisar dengan air masak dimana kalau hendak rasa manis maka boleh masukkan gula. Bagi mereka yang hendak dapatkan rasa premium pula sebaiknya di perahkan lemon di dalamnya untuk rasa lebih sedap. Bagaimana hendak jus mengkudu yang ramai sukar menerimanya?. Biasanya digalakkan agar membuat banyak kuantitinya dan disiman dalam bekas khas dan dibekukan agar jus ini tahan lama. Ini kerana agak ramai yang masas henda mebuat dengan kerap apalagi kerja menapis jus tersebut untuk membuang hampasnya. Apa pun bagi mereka yang tiada masaalah maka boleh ditelan sahaja jus yang ada bijinya terus tanpa was-was tanpa di tapis dengan khasiat yang lebih hebat. Kadar disyorkan adalah 3 cawan sehari dan ikut kemampuan individu. Rasa airnya juga manis kelat tetapi jika di amalkan selalu ia seaan minum air mineral sahaja. Adalah sukar kepada mereka yang baru kali pertama meminumnya. Kalangan pengamal jus ini dakwa mereka jadi sihat dan tidak berbelanja membeli vitamins berbanding dalulu berbotol-botol vitamins di bei sebulan. Beberapa lapora menyatakan dimaa antara khasiat dan manafaatnya adalah membantu mengilangkan darah tinggi, membantu membersihkan kulit serta menjadikan pengguna akan menjadi lebih sihat dan awet muda. Cara lain membuat Jus Mengkudu adalah dengan memilih buah mengkudu yang matang saja berwarna hijau. Buah ini ia mengandungi bioaktif yang tinggi dan kurang berbau. Pembaca blog anim agro technology boleh juga menambah buah-buahan lain seperti anggur dan epal untuk mengurangkan bau yang kurang enak. Apa pun amalan sebaiknya dimana sepanjang mengambil minum pati mengkudu ini elakkan pengambilan minuman kopi, teh atau minuman beralkohol. Resep hebat adalah dengan membuat Jus Mengkudu Epal atau Jus Mengkudu Anggur dicampur dengan madu lebah. Cara membuatnya adalah dengan mengupas buah mengkudu matang kemudian buang biji. Ia dikisar bersama epal atau anggur dan dikeisar sehingga semuanya sampai halus. Kemudian dituangkan ke dalam gelas dan tambahkan madu lebah dengan menggunakan sudu plastik. Cara minum jus ini sebaiknya dilakukan segera iaitu sebaik sahaja siap dibuat dan diminum dan jangan disimpan kerana ia mudah basi.


Menarik dalam utusansarwak.com artikel bertajuk 'Pokok Mengkudu Tiggi Nilainya' dimana ia ada fakta sesuai dirujuk. Apa pundilaporkan p
okok Mengkudu tinggi nilainya I negara ini, pokok Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia boleh ditemui di mana-mana. Mungkin disebabkan ia mudah tumbuh dan cuaca tropika memang sesuai untuk pertumbuhannya dimana didakwa yang tumbuhan ini boleh bertapak di mana sahaja bijinya untuk jatuh. Walau pun banyak buahnya da seaenang dijumpai akan tetapi dilaporkan yang sedikit orang yang tahu khasiatnya dan tida akan memberi perhatian kepada pokok dan buah mengkudu. Dari segi rasa dilaporkan yang buah ini memang tidak begitu enak, selain mempunyai bau yang juga kurang menyenangkan serta banyak biji. Namun selepas khasiat mengkudu didedahkan secara meluas beberapa tahun dulu dilaporkan buah mengkudu mula mendapat perhatian dan di seluruh dunia. Dilihat dimana buahnya pokok ditanam dan mula dikomersialkan sebagai makanan dan minuman kesihatan. Justeru buahnya boleh ditemui sudah pun ia dijual di pasar-pasar dijadkan bahan minuman kesihatan pelbagai jenama dijual secara meluas di mana-mana. Dalam kalangan suri rumah tempatan pula dilaorkan buah mengkudu memang banyak kegunaannya terutama untuk menyedapkan masakan mereka. Daunnya biasa juga ia digunakan untuk membungkus makanan bagi menyediakan botok ikan atau daun mudanya dijadikan ulam-ulaman, manakala buah mengkudu juga digunakan sebagai penyedap hidangan tertentu. Justeru ramai yang sudah mula menanam mengkudu di halaman rumah bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan buah mengkudu atau daunnya. Cara menanamnya juga mudah iaitu dengan cara hanya menggunakan biji dari buah yang sudah matang. Menariknya iaitu dalam tempoh selepas enam bulan ditanam maka selalunya pokok mengkudu sudah mengeluarkan buah meskipun tanpa jagaan rapi. Selain tahan lasak dilaporkan pokok mengkudu boleh berbuah sepanjang tahun dan terus produktif sehingga 10 tahun lamanya atau lebih daripada itu. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pernah melakukan penyelidikan terhadap khasiat buah mengkudu dan hasilnya memberi perspektif baharu untuk tanaman ini. Antara hasil kajian tersebut adalah mengkudu adalah boleh dapat menurunkan kadar gula di dalam darah dan melindungi organ seperti hati. Di peringkat antarabangsa pula, pelbagai penyelidikan juga membuktikan betapa berkhasiatnya buah mengkudu sehingga tanaman ini mula dieksploitasi sebagai jus dan suplemen kesihatan. Dikatakan bahawa buah dan pokok mengkudu telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak ribuan tahun dahulu oleh masyarakat dunia bagi menangani gejala-gejala seperti selesema, diabetes, kemurungan, tekanan darah tinggi, jangkitan bakteria, cirit, penyakit mata, batuk, asma, luka-luka, patah tulang, mengandungi anti oksida yang tinggi dan banyak lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MENGKUDU.. DIPANGGIL NONI JUGA...
MUDAH DI TANAM... SENANG POKOK DIJAGA...
DIJADIKAN JUS... KAPSUL DAN LAIN ADA...
SEMAKIN DILUPAKAN... PEMBACA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 126, Bidong Villa Resort,
Batu Rakit, Terengganu,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1445H).

Monday, May 13, 2024

MAS COTEK DAN FAKTA SEKARANG

TANAMAN DAN PRODUK MAS COTEK
atau EMAS COTEK (Ficus deltoidea) dari keluarga Moraceae pernah menjadi tanaman yang sangat popular dan viral di Malaysia dahulu. Bagaimana pun ada tahun 2024 ini amat jarang tanaman dan produk Mas Cotek ini di gilai seperti dahulu. Tanaman Mas Cotek duu pernah di tanam secara komersial oleh ramai pengusaha dimana ia dilihat menjanjikan pulangan terbaik. Penulis blog semasa bertugas di beberapa Pejabat Pertanian Daerah juga ada memberikan bantuan khas didalam usaha memajukan tanaman ini sekitar tahun 2006 - 2008 dari aspek penanaman sehingga kepada menghasilkan produk seperti Teh Mascotek, Minyak Mas Cotek dan banyak produk lain di Johor. Apa pun tumbuhan asal liar ini telah di komersialkan dimana ia 
merupakan sejenis tumbuhan ang natif di Asia Tenggara yang kini digunakan untuk dijadikan bahan makanan kesihatan. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Serapat, Sempit-sempit dan Agoluran (Sabah) dan telah dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Tumbuhan ini dulu tumbuh liar dikawasan belukar dan kini telah dikomersilkan merupakan tumbuhan epifit (Ephyphyte) yang hidup menumpang pada tumbuhan lain dan diatas tanah. Kini ia telah ditanam diatas tanah secara komersil dan dijaga rapi untuk menghasilkan pelbagai produk mas cotek apabila ianyaberjaua diproses. Tanaman mas cotek boleh mencapai ketinggian sehingga 2 - 3 meter dan mempunyai banyak ranting, dahan dan daun. Bentuk daun mas cotek agak unik kerana ada berbentuk bulat, bentuk bujur telur , berbentuk lonjong atau pun tidak menentu bentuknya . Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat sementara pada dipermukaan bawah berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam diantara urat daun terutama yang bercabang. Pokok Mas Cotek mempunyai daun yang sering digunakan sebagai 'Teh Mas Cotek' bersama ranting dan dahan kecil. Bunganya dilihat terbentuk dibahagian ketiak tangkai daun sama dimana ianya tunggal (single) atau berpasangan (Paired). Bunganya berwarna hijau muda dan bertukar kepada kuning atau merah apabila matang. Ada banyak dakwaan daun mas cotek yang dikatakan jenis betina berbentuk 'BULAT' sementara daun mas cotek yang jenis Jantan mempunyai daun yang 'KECIL dan TIRUS'. Saya pernah menanam kedua-dua jenis pokok tersebut dalam pasu di rumah dulu untuk mempelajari tanaman ini. Tumbuhan lasak ini sesuai ditanam dikawasan tanah bertekstur ringan serta mempunyai saliran yang baik. Pokok akan rosak jika terendam dalam air akibat banjir. Taburan hujan bulanan dengan kadar 180 - 200 cm sebulan sesuai untuk penanaman mas cotek. Tanah Bris, Tanah Gambut dan tanah mineral sesuai untuk penanaman mas cotek. Saya ada menulis mengenai Mas Cotek ini dalam beberapa artikel sekitar tahun 2010-2013 dan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Artikel pada jam 4.10 subuh pagi ini sambil mendengar bunyi ombak laut di Terengganu saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman dan produk Mas Cotek untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Tanaman Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan asalnya memang tumbuh meliar yang menumpang atau ada yang mana ia menumpang di atas pokok lain dan biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan tetapi di Malaysia ia banyak dijumpai di kawasan tanah bris seperti di kawasan Terengganu, Pahang dan Kelantan (Pantai Timur Semenanjung). Secara umumnya sejak dahulu dilaporkan ang di kalangan masyarakat tempatan telah lama secara alternatif ada menggunakan pokok ini secara turun-temurun untuk masalah kesihatan seperti masaalah kolesterol, saraf, masalah wanita dan banyak lagi kegunaan termasuklah mencantikkan kulit. Daunnya didapati kaya dengan bahan antioksidan dan bahan seperti vitamin C. Apa pun dilaporkan dimana d
ari sudut rawatan diabetes ada beberapa kajian di makmal yang menguji ekstrak tumbuhan ini ke atas tikus makmal mengatakan mas cotek mampu dalam ia menurunkan paras gula dengan cara meningkatkan rembesan insulin oleh kalenjar pankreas dan menggalakkan proses pengambilan gula oleh sel untuk ditukarkan menjadi tenaga. Apa pun di laporkan juga dimana terdapat juga kajian makmal lain yang menyatakan bahawa ia bertindak dengan cara ia merencatkan penyerapan gula di usus dan juga mengurangkan penghasilan gula oleh hati. Dahulu memang banyak produk Mas Cotek di pasaran dimana ia juga tersedia dalam bentuk kapsul, serbuk, teh, cecair, sapuanuntuk memudahkan pengambilan sebagai produk herba. Selain itu juga dimana ada yang mengambil daunnya yang telah dikeringkan atau meminum air rebusan daunnya sebagai teh minumn berubat. Penulis blog dahulu amat suka minum teh mas cotek dimana rasanya unik, menyegarkan dan baik untuk diamalkan tetapi kini sudah lama tidak mencari produk itu lagi. Mungkin ia semakin kurang di gunakan sama juga dengan isu beberapa produk tempatan berasaskan herba yang lain di pasaran oleh masyarakat tempatan.


Penulis 
blog hendak kongsikan apakah rahsia kelebihan dan khasiat Mas Cotek yang pernah di war-warkan dalam banyak kajian dan penulisan. Mengikut konsep ‘Doctrine of Signature’, bentuk, warna, rasa dan aroma pada mana-mana bahagian tumbuhan boleh memberi gambaran tentang kegunaan herba berkenaan dalam rawatan penyakit. Bagi tumbuhan emas cotek pernah dilaporkan dimana isu ‘Doctrine of Signature’ itu dapat dilihat pada tompok hitam ini mengambarkan organ reproduktif wanita yang terletak di antara dua kaki. berdasarkan konsep ini dimana produk mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif manusia khususnya bagi kaum wanita. Sempit-sempit adalah contoh nama tempatan yang digunakan bagi beberapa suku kaum Sabah juga telah menunjukkan khasiat tumbuhan. Mas cotek lebih khusus untuk kaum wanita kerana ia biasa diamalkan oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan kemudian mengembalikan rahim kepada keadaan asal dengan lebih cepat. Mas cotek juga digunakan oleh wanita untuk rawatan beberapa jenis sakit puan. Antaranya ialah rawatan penyakit keputihan dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita yang telah mengamalkan minum teh mas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda. Kedua-dua daun mas cotek ini juga didapati digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaku dan wanita oleh pengamal perubatan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Di Indonesia, air rebuusan mas cotek kebanyakkannya digunakan sebagai tonik aprodisiak untuk wanita. Menurut beberapa pengamal perubatan tradisional, emas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit lain jika diamalkan dengan betul. Antara penyakit-penyakit tersebut ialah paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga digunakan untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya sebagai rawatan sakit kulit. Apa pun kaedah dan cara penggunaan mas cotek berbeza mengikut amalan seseorang. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan ia digunakan sebagai minuman teh herba. bagi memastikan khasiat tumbuhan ini terpelihara, beberapa petua penyediaan hendaklah diikuti. Daun segar terlebih dahulu dikeringkan di bawah teduh selama beberapa hari sehingga betul-betul kering supaya dapat disimpan lebih lama. Air rebusan atau rendaman (infusion) menggunakan daun kering di dalam air panas menggunakan bekas yang tertutup dan diminum apabila suam. Sebaik-baiknya, penggunaan bekas besi dielakkan kerana dikhuatiri boleh mengganggu kandungan bahan bioaktif dalam tumbuhan tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebilangan pengamal mengesyorkan supaya daun dan bahagian-bahagian lain seperti akar, batang dan buah daripada sekurang-kurangannya tujuh emas cotek betina dan jantan digunakan dalam sesuatu ramuan ubat. Dalam beberapa laporan kehebatan mas cotek dikaitkan dengan rawatan beberapa penyakit yang dapat dibantu dan diantaranya adalah seperti Mengeluarkan toksin dalam badan, Melancarkan perjalanana darah, Sakit urat saraf, Gout, Kencing manis, Darah tinggi, Membuang kolestrol dan lemak, Buasir, masaalah Migraine atau sakit kepala, Paru-paru barair, Pemulih tenaga batin, Sakit puan, Segugut, Sakit pinggang, isu keletihan, Masalah tidur, Ransangan hormon lelaki, dapat mengecutkan pintu peranakan, Merapatkan pintu rahim, Sakit lutut, Mencantikkan dan juga melincinkan kulit dan merawat demam atau selsema. Semua ini di ttulis sebagai testimoni oleh beberapa laporan.


Bagaimana hendak mendapatkan produk berasaskan Mas Cotek sekarang ini bukan menjadi satu masaalah lagi. kalau masa dulu sesiapa pengguna yang hendak mendapatkan produk herba atau produk lokal mereka perlu mencarinya di beberapa kedai atau premis yang ada menjual di mana-mana sahaja. Akan tetapi di zaman inii memang amat mudah untuk mendapatkan semua benda asalkan ada duit dan handphone HP) atau laptop sahaja. Ini kerana industri jualan terus secara atas talian (on-line) memang amat mudah di lakukan dimana produk yang hendak di bei akan terus dihantar kerumah dan kadang-kadang ia jauh lebih murah daripada membelinya di premis. Beberapa syarikat seperti Lazada, Shopee dan sebagainya ada menyediakan talian diimana pembaca blog boleh mencari aplikasi ini dengan mudah. Bagi produk berasaskan mas cotek juga amat mudah di cari dalam aplikasi tersebut dimana kaedah ini memudahkan perniaga (pengeluar) serta pengguna atau pembeli. Melihat foto diatas ada pelbagai jenis produk berasaskan mas cotel daripada prodk teh untuk minuman dan pelbagai produk lain. Shopee Malaysia menawarkan 30 paket teh mas cotek dalam uncang dengan harga RM28.00 sahaja yang bermakna harganya jatuh kepada RM kurang seringgit. Disebelahnya terdalam juga iklan produk teh Mas Cotek jenama Herba Ethano sebanyak 30 uncang dengan harga RM30 sahaja. Pihak Shopee ada juga iklankan produk Serbuk Mas Cotek Asli dalam botl 25 gram dengan harag cuma RM10.00 sahaja. Dalam pada itu produk Mas Cotek 250mg dalam bentuk tablet 60S dijual oleh aplikasi Lazada Malaysia dengan harga RM76.70 dimana produk ini memang dipercayai mengandungi sebanyak 60 biji tablets. Uniknya dimana ada di Lazada Malaysia iklankan 100% Mas Cotek Original dengan harga RM1.00 sebiji sahaja. Apa pun kebanyakan iklan ini menyatakan dimana tidak ada dikenakan caj untuk kos penghantaran di Malaysia. Kini di Malaysia memang mudah untuk mendapatkan produk berasaskan produk Mas Cotek secara on-line ini. Bagaimana pun pengguna perlu juga waspada dan berhati-hati didalam pengambilan produk herba seperti ini kerana jaminan kualiti dan keaslian produk perlu di pastikan dahulu sebelum mengambilnya. Apa pun sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk seperti ini dan merujuk kepada pakar perubatan jika ada apa-apa masaalah kesihatan yang timbul setelah mengambil produk ini. 
Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anm agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMA MAS COTEK... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT... POPULAR DULUNYA...
RAMAI YANG MINAT... KINI SUDAH LUPA...
DI TULIS ARTIKEL...IMBAS SATU ANALISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 127, Villa Bidong Resort,
Batu Rakit, Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1445H).

Sunday, May 12, 2024

KOSTING TANAMAN KELAPA PANDAN 2023

KOSTING TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Kali ini kosting untuk Kelapa Pandan (CN6). Tanaman Kelapa ini boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu Tanaman Kelapa Tinggi, Tanaman Kelapa Renek, Tanaman Kelapa Pandan dan Tanaman Kelapa Hibrid. Semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Kelapa Pandan (CN6) atau aromatic coconut semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Varieti Kelapa Pandan (CN6) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka.



KOSTING TANAMAN KELAPA MATAG (1HEKTAR)

1. Nama Tanaman: Kelapa (Cocos nucifera)

2. Varieti Kelapa Di Tanam  : Kelapa Pandan (CN6)

3. Jarak Tanaman  (meter)   : 6.5 m x 6.5 m 

4. Kepadatan Pokok            : 272 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman    : 25 tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

    Nota: Bagi menambahkan pendapatan di syorkan 

    menanam tanaman selingan seperti Pisang, Nanas, 

    Kontan, menternak haiwan dan sebagainya sebelum pokok 

    kelapa Matag ini berbuah dalam masa 3.5 tahun keatas.


ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

6. Potensi Hasil Pandan : 25,200 kg/ha (1kg = 1 biji)

7. Jumlah Hasil Kelapa  : 894,336 kg

8. Pendapatan Kasar     : RM 1,341,504.00

9. Angaran Pendapatan Bersih - RM 644,972.96 


ALIRAN WANG KELUAR KELAPA PANDAN (25 Tahun):

10. Kos Awal Pembangunan : RM12,520.00/hektar

11. Kos Bahan Input              : RM 268,849.24

12. Kos Tenaga Kerja            : RM 300,800.80

13. Kos Pelbagai                   : RM 45,157.00

14. Kos Luar Jangka (10%)   : RM 51,040.50

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 696,531.04


ANALISA KEWANGAN KELAPA PANDAN:

16. IRR (Internal rate of Return) : 32% (Paling Tinggi)

17. NPV (Net Present Value)      : RM 155,132.64 (Tertinggi)

18. BC Ratio (Benefit Cost)         : 1.93 (Tertinggi)

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.93)

19. Harga Pulang Modal Matag    : RM0.78 

20. Tempoh Pulang Modal Matag : 6 tahun (paling cepat)


Teknologi Pembajaan Kelapa Pandan yang diamalkan diberi untuk kebun ini menggunakan sejenis baja impot (Jenis Yara Mila) yang mana ianya didapati mengandungi unsur NPK 12:11:18S:3 MgO + 85 + TE dan sangat berkesan untuk kesuburan pokok kelapa pandan (Sila lihat foto disebelah). Baja Yara Mila diimpot dan diedar oleh sebuah syarikat di Tangkak, Muar, Johor. Selain itu baja sebatian SOP juga digunakan (NPK15:10:20:2 TE) yang di tabur sebanyak 4 kali setahun pada kadar 200 gram sepokok. Pemerhatian bagi tujuan mempastikan kualiti hasil kelapa seperti dikehendaki iaitu ujudnya kualiti 'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis', maka ada teknologi penting membubuh Garam Makan atau Garam Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun pada pangkal pokok kelapa. Baja organik tahi ayam proses juga perlu ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok. Perlu difahami yang pokok kelapa pandan memang memerlukan baja organik yang banyak untuk menjamin kesuburan pokok. Kalau pokok kelapa pandan tidak dibaja hasil dan kualiti buah kelapa pandan kurang memuaskan. 
Penuaian Kelapa Pandan apa yang saya kaji hendaklah di petik dan dipilih dari kedudukan tandan yang paling bawah sekali dimana terletak pada kedudukan selari dengan tandan buah diatasnya apabila saiz buah itu telah sebesar 'gengaman tangan'. Buah kelapa matang akan di petik dengan cara menggunakan sabit dengan galah aluminium yang tajam. Lazimnya dengan ketinggian sekarang antara 15-20 kaki dari paras tanah, maka satu teknik baru di praktikkan di kebun ini. Sebelum memetik hasil tandan kelapa, pekerja mahir (Indonesian worker) akan memotong dulu satu pelepah daun tua dahulu. Pelepah tersebut akan dijadikan 'laluan turun' bagi tandan buah yang dipotong tadi dengan jatuh melorot pada pelepah tadi dan sampai ketanah agar tidak rosak atau pecah. Kaedah menggunakan tangga dan tali kini sudah tidak praktikal lagi untuk memetik tandan kelapa pandan dikebun Ah Tee kerana ianya adalah lambat dan kurang praktikal. Bagaimana pun tangga masih perlu digunakan jika pokok kelapa pandan tersebut sudah kekurangan pelepah untuk dipotong bagi melorotkan tandan kelapa kebawah. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).
Posted from
Room 127, Bidong View Resort,
Batu Rakit, Terengganu.

Saturday, May 11, 2024

KOSTING TANAMAN KELAPA RENEK 2023

KOSTING TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera
kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Kini di bentangkan kosting bagi Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) untuk di jadikan rujukkan. Tanaman Kelapa ini boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu Tanaman Kelapa Tinggi, Tanaman Kelapa Renek, Tanaman Kelapa Pandan dan Tanaman Kelapa Hibrid. Semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 hingga 2022 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas pasca berlakunya wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting atau ringkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kostig tanaman KELAPA RENEK MRD (CN4) dan MYD (CN5) semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.

Kelapa Renek ada beberapa varieti yang disyorkan di tanam di Malaysia. Antara kelepa renek yang terdapat di Malaysia adalah Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) dengan nombor daftar CN4, Kelapa renek Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan nombor daftar CN5, Kelapa Renek Hijau (Malaysan Green Dwarf (MGD) tiada nombor daftar, Kelapa Renek Gadong Hijau (CN26), Kelapa Renek Gadong Coklat (CN28) dan beberapa lagi. 
Pokok Kelapa Renek MRD/MYD ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD/MYD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada bahagian pelepahnya. Selain buah MRD/MYD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD/MYD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buar lebih 80 biji sepokok setahun dimana ini membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan.


KOSTING KELAPA RENEK MYD/MRD (1HEKTAR)

1. Nama Tanaman: Kelapa (Cocos nucifera)

2. Varieti Kelapa : Kelapa MRD (CN4), MYD (CN5) dll

3. Jarak Tanaman : 6.5m x 6.5 m 

4.  Jumlah Kepadatan: 272 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman: 25 tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

    Nota: Bagi menambahkan pendapatan di syorkan 

    menanam tanaman selingan seperti Pisang, Nanas, 

    Kontan, menternak haiwan dan sebagainya sebelum pokok 

    kelapa Matag ini berbuah dalam masa 3.5 tahun keatas.


ALIRAN WANG MASUK KELAPA RENEK (25 tahun):

7. Potensi Hasil Renek - 25,200 kg/ha (1biji < 1 kg)

8. Jumlah Hasil Kelapa - 894,336 kg

9. Pendapatan Kasar    - RM 830,361.600

10. Angaran Pendapatan Bersih - RM 133,830.56

    Nota: Berdasarkan kepada harga ladang sahaja. 


ALIRAN WANG KELUAR KELAPA RENEK (25 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan - RM12,520.00/hektar

12. Kos Bahan Input  - RM 268,849.24

13. Kos Tenaga Kerja - RM 300,800.00

14. Kos Pelbagai        - RM 51,040.00

15. Kos Luar Jangka (10%)  - RM 45,157.50

16. Jumlah Kos Pengeluaran - RM 696,531.04


ANALISA KEWANGAN KELAPA RENEK:

17. iRR (Internal rate of Return) - 12%

18. NPV (Net Present Value)     - RM 8,001.02

19. BC Ratio (Benefit Cost)       - 1.19

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.19)

20. Harga Pulang Modal Matag - RM0.78 

21. Tempoh Pulang Modal Matag - 11 tahun


Menjelaskan lanjut akan kehebatan kelapa renek atau kelapa genjah ini dimana ditakrifkan sebagai tanaman kelapa yang berbuah dalam waktu singkat dan pokok yang agak rendah. Tanaman kelapa renek ini sebenarnya sudah ada sejak lama ditanam dikawasan kampong dan keliling rumah juga. Pokok kelapa renek ini memiliki karakteristik morfologi yang batang lebih kecil ukurlilitnya dan rendah berbanding dengan jenis kelapa tinggi (Sila lihat foto disebelah). Saiz batang kelapa renek agak kecil dan tidak memiliki tapak gajah pada pangkal batang yang dekat dengan tanah. Jarak antara bekas daun atau 'leaf scars' juga lebih rapat dibandingkan kelapa tinggi. Perkara inilah yang membuatkan pokok kelapa renek ini boleh tumbuh tinggi dengan lama dan lambat. Panjang daun tanaman ini juga relatif pendek iaitu berukuran sekitar dibawah 4 meter. Dengan demikian lazimnya ciri pokok kelapa renek ini sesuai untuk ditanam dengan jarak tanam yang rapat (sekitar 7.5 x 7.5 m). Jika dilihat dari potensi buahnya dimana penulis blog dapati iaitu kelapa ini berusia pendek ini memiliki potensi buah yang menjanjikan. Kelapa renek ini diketahui mampu untuk ia menghasilkan buah purata di atas 120 biji sepokok setahun. Secara umumnya buah kelapa renek lebih sesuai dan banyak digunakan sebagai kelapa muda untuk di minum airnya. Di negara Thailand dimana kelapa pandan (jenis kelapa renek) kini sudah dikomersilkan untuk pasaran domestik dan eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog boleh mengatakan dimana kehebatan kelapa renek menjadi komoditi tanaman yang banyak diminati petani sebab ia juga memiliki banyak keunggulan. Antara beberapa kelebihannya adalah ia mempunyai saiz batang pendek dan pertumbuhan tinggi yang lambat. Umur berbunga relatif singkat iaitu hanya sekitar 2.5 - 3.5 tahun saja untuk berbuah. Kelapa renek juga dilaporkan lebih cepat disadap untuk menghasilkan air nira yang boleh dijadikan pelbagai produk berasaskan kelapa. Boleh juga ditanam dengan jarak rapat sehingga lebih efisien dalam hal penggunaan kebun dan kawasan keliling rumah. Walau pun kelapa renek ini memiliki beberapa ciri keunggulan, namun untuk mendapatkan produkvititi terbaik dan optima maka pakej amalan teknologi dan penjagaannya mesti diikuti. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...